suria

Dah keluar modal besar tiba-tiba karnival jualan Aidilfitri batal saat akhir, Ayie Floor88 bengang rupanya ada kaitan Boy Iman

Ayie bengang karnival dibatalkan saat akhir.

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie kesal apabila dimaklumkan sebuah karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung bermula Rabu hingga Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dibatalkan pada saat akhir.

Menurut Ayie atau Nik Fadhlee Elhamshah, 26, dia juga terkejut apabila mengetahui karnival yang turut disertai olehnya itu mempunyai kaitan dengan pelakon Boy Iman.

"Pada awalnya saya dapat tawaran untuk join event tersebut, saya tidak tahu pun acara itu ada kena mengena dengan Boy Iman.

ayie2 - 1

Kenyataan rasmi mengenai pembatalan karnival.

"Tadi saya tengok live di TikTok daripada akaun Yusuf Azmi rupanya memang ramai yang tidak tahu event tersebut ada kaitannya dengan dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ayie memberitahu dia sudah mengeluarkan modal yang besar untuk menjalankan perniagaan sepanjang tiga hari di karnival diberi nama Festival Raya Horeey x Fest Raya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Floor88 'busuk' dituduh caj harga tinggi, angkara orang tengah ‘mark up’ demi keuntungan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus, rupanya isteri buat 'prank' kejutan hadiah hari jadi

Lebih mengecewakan kerana dia juga terpaksa menangguhkan perjalanan untuk pulang berhari raya di Sabah.

"Ada yang dah bayar RM12,000, ada yang dah bayar RM1,500... macam saya dan artis-artis yang lain mungkin ada yang dapat tajaan untuk booth.

"Tapi kami juga dah keluar modal sendiri. Macam saya, saya dah keluar hampir RM10,000 untuk modal berniaga di sana. Itu pun saya dah rugi. Kami dah keluarkan modal dan stok, masa pun terbuang begitu saja.

Tadi saya tengok live di TikTok daripada akaun Yusuf Azmi rupanya memang ramai yang tidak tahu event tersebut ada kaitannya dengan Boy Iman.

AYIE

PENYANYI

"Saya tunda beli tiket penerbangan balik Sabah untuk 22 haribulan dengan tiket yang sangat mahal sebab nak sertai festival ini," ujarnya.

Menurut Ayie, dia mengetahui karnival itu telah dibatalkan sewaktu ingin membuat persiapan tapak booth di pada petang Selasa.

"Saya memang tak puas hati kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Sebelum ini, saya ada sertai karnival bersama Didie Alias di tempat yang sama.

"Habis saja karnival itu ingatkan bolehlah set up untuk booth bagi acara ini. Tapi bila kami nak pacak booth, pekerja di WTC kata acara itu telah dibatalkan.

ayie4 - 1

Ayie terpaksa menunda perjalanan balik beraya.

"18 April baharu kami dapat surat rasmi mengatakan karnival tersebut telah pun dibatalkan," jelasnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Hutang ini juga turut berasa bersimpati dengan nasib peniaga lain yang terpaksa menanggung kerugian besar.

Justeru itu, Ayie berharap agar Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, menerima hukuman setimpal atas perbuatan menganiaya ini.

"Saya kasihan tengok peniaga-peniaga lain, termasuk rakan saya sendiri yang sudah keluar lebih daripada RM20,000 untuk festival ini.

"Nak bayar pekerja lagi, staf pula dari Perak. Kena tanggung penginapan dan itu semua melibatkan kos.

"Saya berharap agar Boy Iman tu ditangkap dan masuk dalam terus sebab orang-orang macam dia tak patut ada pun," katanya.

ayie3 - 1

Ayie simpati dengan nasib peniaga.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd yang juga merupakan penganjur karnival iaitu Datuk Mohammad Aliff Hakim berkata tindakan penaja utama menarik diri menyebabkan bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan.

Aliff juga telah mengadakan pertemuan dengan peniaga-peniaga yang terkesan pada malam Rabu dan akan menggembalikan wang kepada peniaga tetapi turut memberikan pilihan buat mereka.

"Peniaga mempunyai pilihan untuk mendapatkan bayaran balik atau menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan nanti," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain