suria

“Kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja” - Aliff Syukri mohon maaf kepada Siti Nurhaliza, ‘pulang’ balik gelaran penyanyi nombor satu

Aliff Syukri mohon maaf kepada Siti.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas mendakwa dia adalah penyanyi nombor satu negara.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, sebelum itu bertikam lidah dengan ibunya yang juga usahawan Rozita Ibrahim berhubung gelaran itu yang diakui sendiri oleh Siti menerusi komen yang ditinggalkan di Instagramnya.

Bagaimanapun selepas ditegur Rozita, Aliff akur dengan permintaan ibunya yang mahu dia memohin maaf kepada Siti.

"Siti Nurhaliza, saya minta maaf dengan awak. Saya tak sengaja melukakan hati awak. Tak mengapalah disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awaklah.

aliff1 - 1

Aliff akui Siti tetap penyanyi nombor satu negara.

"Tak mengapalah saya serahkan anugerah saya dekat awak. Saya reda awak nombor satu. Awak ambillah balik nombor satu awak, saya jadi nombor dua pun tak mengapa," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.

Rozita sebelum ini menjelaskan kepada Aliff, Siti hanya bergurau dan tidak bemaksud menggelarkan anaknya itu sebagai penyanyi nombor satu negara.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dekat belakang awak ya" - Siti Nurhaliza mengalah, 'iktiraf' Aliff Syukri penyanyi nombor satu

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia tak berbakat, suara tak sedap" - Ibu minta maaf bagi pihak Aliff Syukri

Kata Rozita, kehebatan Siti diakui oleh seluruh masyarakat termasuk pencapaian anugerah yang diterima namun anaknya itu hanya mendapat kecaman orang ramai.

"Maaflah Siti anak saya ni memang macam tu. Dia tahu saja kamu nombor satu. Siti akui perkara itu sebab dia bergurau saja.

"Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman saja," ujarnya.

aliff2 - 1

Aliff dan ibunya, Rozita yang sering menegur kesilapannya.

Pada 30 Mac, Aliff melancarkan teaser lagu raya yang berjudul Cak Cun Cak Raya dan mendapat kecaman orang ramai termasuk baju sut ketat yang dipakai menyerupai sut menyelam selain aksi lincah bersama penari latar yang dikatakan tidak sesuai.

Tindakan usahawan sensasi itu mendapat reaksi ibunya sendiri, Rozita yang mengakui anak lelakinya itu tidak berbakat, malah mereka sekeluarga sudah lali dengan perangai Aliff.

Aliff sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila sempat bertanya di ruangan komen Instagram Siti sama ada penyanyi itu mengenali dirinya atau tidak.

Siti dengan bersahaja menjawab dia sememangnya mengenali Aliff yang merupakan penyanyi nombor satu negara dan dia berada di belakangnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain