MADU pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib mendakwa dia terkilan dengan tindakan suaminya yang membawa lari anak kelima mereka iaitu Nurin Tasnim ketika kanak-kanak itu berada di sekolah. Adibah, 50, berkata, dia menyedari anak bongsunya itu 'hilang' ketika ingin mengambilnya pulang dari sekolah namun kelibat kanak-kanak itu tiada sebelum mendapati dia telah diambil suami, Rosland Othman tanpa pengetahuannya. "Rabu lepas Rosland mengambil anak kelima kami selepas waktu kokurikulum di sekolah. Saya datang untuk menjemput Tasnim dan tunggu hampir dua jam sehingga menyebabkan saya panik bayangnya tidak kelihatan. Adibah sedih dengan tindakan suaminya melarikan anak kelimanya. "Saya rasa sangat kecewa sebab dia ambil tanpa beritahu... sekiranya dia maklumkan mungkin terubat sedikit. Bukan mahu dihormati tapi sekurang-kurangnya hargai saya sebagai ibu kepada anak-anaknya," katanya kepada pemberita. Adibah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) dan kes nusyuz yang difailkan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Adibah berkata, dia tidak tahu Rosland memfailkan hadanah dan hanya dimaklumkan melalui peguam dua minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN:Suami Miera Leyana dedah isteri pertama dapat RM20,000... Dah lama tak beri nafkah batin ARTIKEL BERKAITAN:[V] Selepas 28 tahun kahwin suami fail cerai... madu dakwa dah lama tak pulang rumah selepas nikahi Miera Liyana Bagaimanapun, wanita beranak lima itu tetap dengan pendiriannya untuk terus mempertahankan rumah tangga yang sudah dibina sejak 28 tahun lalu. "Tentang tuntutan, dia ada hak sebagai seorang bapa tapi saya ibunya juga ada hak untuk menuntut hak saya. "Saya tetap dengan pendirian mahu selamatkan rumah tangga sedaya upaya kerana itu adalah prinsip saya. Saya tidak mahu bercerai, apa-apa pun saya serahkan kepada mahkamah," ujarnya. Tentang tuntutan, dia ada hak sebagai seorang bapa tapi saya ibunya juga ada hak untuk menuntut hak saya ADIBAH ABDUL MUTALIB Sementara itu, peguam mewakili Adibah iaitu Mohd Junid Ramli menjelaskan Rosland memfailkan hadanah terhadap anak keempat dan kelimanya iaitu Nur Anisa dan Nurin Tasnim. Junid berkata, pihaknya akan membuat pembelaan bagi menuntut hak penjagaan dua kanak-kanak berkenaan. "Sebutan pertama hari ini alasa itu pastinya secara umum dan dia (Rosland) lebih layak menyebabkan dia memfailkan hadanah," ujarnya. Adibah bersama peguamnya Mohd Junid ketika di mahkamah. Mahkamah menetapkan kes Hadanah dibicarakan semula pada 8 Jun depan. Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan ahli perniagaan itu kemudiannya berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu Miera dan Rosland dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada Mei 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!