suria

Suami Miera Leyana dedah isteri pertama dapat RM20,000... Dah lama tak beri nafkah batin

Rosland tetap mahu berpisah dengan isteri pertama, Adibah.

SUAMI pelakon Miera Leyana mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 kepada isteri pertamanya iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50, serta lima anak mereka setiap bulan.

Rosland, 50, berkata, amaun itu tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan anak-anak selain wang tunai yang diberikan kepada isterinya itu.

Dia sekali gus menyangkal dakwaan mengabaikan isteri pertamanya dan anak-anak mereka.

rosland 2

Rosland tiba di mahkamah turut ditemani ibu Miera.

"Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia (Adibah) dapat, saya ada beri wang tunai termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan anak tapi masih kata saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media.

"Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan perniagaan tidak menentu (tetap beri nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas," katanya.

Rosland berkata demikian ketika menjawab soalan peguamnya, Nurul Balqis Nordin ketika perbicaraan kes nusyuz yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa berubah sikap selepas kahwin Miera Liyana, jumpa di mahkamah pun tidak tegur... Anak tak sanggup tengok ibu derita

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 28 tahun kahwin suami fail cerai... madu dakwa dah lama tak pulang rumah selepas nikahi Miera Liyana

Selain kes nusyuz pasangan itu hadir ke mahkamah bagi mendengar kes tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) bagi lima anaknya.

Rosland selaku plaintif kes tersebut memfailkan nusyuz terhadap Adibah selepas dia dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.

Dalam pada itu, Rosland mengakui sudah tidak lagi memberi nafkah batin kepada isteri pertamanya itu selaku defendan kes tersebut disebabkan kes nusyuz yang sedang dilalui mereka.

Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi... bagaimana untuk teruskan, agak sukar

ROSLAND OTHMAN

Dakwanya lagi, Adibah juga ingkar pesanannya untuk tidak keluar rumah dan tidak mengendahkan kata-katanya sebagai seorang suami.

"Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu nafkah batin tidak dapat saya tunaikan.

"Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi... bagaimana untuk teruskan, agak sukar," jelasnya.

553 (7)

Rosland nafi dakwaan abaikan anak-anak.

Mahkamah menetapkan kes itu dibicarakan semula pada 8, 14 dan 22 Jun depan.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Rosland kemudiannya bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain