suria

“I'm not okay” - Hati Nelydia Senrose sedang hancur, bawa diri ke luar negara ditemani adik lelaki

Nelydia beri bayangan hatinya sedang hancur.

PELAKON Nelydia Senrose memberi gambaran dia kini sedang berada dalam keadaan yang tidak baik.

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, juga berkongsi dia sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi yang tidak maklumkan bagi memperbaiki hatinya yang sedang hancur.

"Membaiki kepingan hati yang hancur. I'm not okay, but it's okay. (Saya tidak okay, tetapi tidak mengapa)," katanya.

nelydia2 - 1

Perkongsian Nelydia di Instastory.

Nelydia berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Nelydia memberitahu dia ditemani oleh adik lelakinya dan menunjukkan dia sedang berada di dalam pesawat sambil menikmati hidangan dalam penerbangan.

Nelydia yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat menaiki penerbangan kelas perniagaan bagi memujuk hatinya yang sedang lara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali pakai hijab, Nelydia Senrose bimbang iman tak kuat

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose teliti tawaran elak watak sama, tak beri impak

Bagaimanapun tidak dijelaskan secara terperinci sebab dan punca dia membuat luahan sedih itu.

Sebelum ini, Nelydia membuat kejutan apabila kembali tampil dengan imej berhijab dan berharap akan kekal istiqamah dengan imejnya sekarang.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019 namun mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain