PELAKON remaja Qistina Raisah terkejut apabila timbul dakwaan kononnya wujud perselisihan faham antara dirinya dengan aktres Puteri Balqis, baru-baru ini. Enggan isu ini terus berpanjangan, Qistina atau Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, memohon Balqis tampil menceritakan perkara sebenar supaya tidak timbul salah faham berhubung konflik berkenaan. "Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya memang tak pernah langsung ada masalah dengan dia. Qistina Raisah minta Puteri Balqis buat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. "Saya mahu Balqis cakap yang ini salah faham dan jelaskan secara terbuka sebab ia memalukan sehingga ramai orang fitnah saya. "Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ni mungkin kami akan berjumpa lagi... tapi kalau tak mahu tak apa," katanya kepada mStar. Sebelum ini menerusi satu perkongsian di Instagram, Balqish mendakwa seorang pelakon remaja telah menyindirnya menerusi satu rakaman video. ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon 14 tahun cari fasal, Puteri Balqis tanya menang anugerah apa - “Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia” ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan busybody sangat boleh tak?” - Qistina Raisah minta netizen buat research, jelaskan hubungan dengan lelaki dalam foto tular Meskipun tidak menyebut nama, netizen mula membuat andaian pelakon yang dimaksudkan itu adalah Qistina. Dalam perkongsiannya itu, Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi berkata, pelakon itu sering membanding-bandingkan kecantikkan dirinya dengan orang lain. Kata Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu lagi, dia juga tidak sanggup melihat aktres tersebut kerap menayang teman lelakinya. Saya mahu Balqis cakap yang ini salah faham QISTINA RAISAH PELAKON Jika benar mesej itu ditujukan kepada dirinya, Qistina berkata dia kesal dan sama sekali tidak menyangka Balqis sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu. "Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya... tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya. "Saya memang tidak pernah menang anugerah, tetapi sebagai seorang yang turut sama dalam industri saya harap dia faham keadaan saya," ujarnya. Puteri Balqis tegur pelakon muda. Mendedahkan permulaan konflik ini terjadi, Qistina mengakui pada awalnya wujud pertelingkahan antara dia dengan salah seorang sahabat. Bagaimanapun ada pengikut salah faham dan menyangka mesej yang ditulis di media sosial itu ditujukan kepada Balqis. "Benar saya ada bergaduh dengan seorang rakan, tapi individu tersebut bukan Balqis... siapa yang tahu, tahulah! Qistina bersyukur ibunya selalu berada di sisi. "Tapi kami sudah pun bermaafan, dah selesai tapi pelik pula tiba-tiba Balqis ingat saya tujukan kepadanya di media sosial. "Saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh terasa perkongsian saya sebelum ini ditujukan kepadanya," luahnya. Mahu kemelut ini berakhir segera, Qistina berkata dia terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis dalam mana-mana projek selepas ini. Malah, dia secara terbuka mengagumi bakat lakonan Balqis yang diketahui seorang pelakon muda yang hebat dan berbakat besar. "Saya tiada sebarang masalah dengan dia. Balqis seorang pelakon cantik dan saya amat kagum dengan bakat lakonannya... lebih seronok kalau kami dapat bekerjasama selepas ini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!