suria

Farid Kamil hadir bersama ibu bapa sebutan kes nusyuz, laporan JKP penentu hala tuju perkahwinan dengan Diana

Farid hadir ke mahkamah ditemani kedua ibu bapanya.

KEHADIRAN pelakon dan pengarah Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada petang Selasa menarik perhatian apabila ditemani ibu bapanya bagi menghadiri prosiding nusyuz dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Farid, 42, memberitahu kehadiran ibu bapanya iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah adalah untuk memberi sokongan moral kepadanya.

"Hari ini saya bawa ibu bapa untuk beri sokongan dan doakan yang terbaik," katanya kepada pemberita.

Farid turut dilihat menolak ibunya yang menggunakan kerusi roda masuk ke dalam dewan mahkamah.

farid kamil 2

Farid masih berharap rumah tangganya dapat diselamatkan.

Dalam pada itu, bapa Farid enggan mengulas lanjut kemelut rumah tangga yang sedap dihadapi anaknya itu dan berharap semuanya selesai dengan baik.

"Tiada komen, cuma doakan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu Farid memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Diana Danielle berikutan dia tidak dibenarkan pulang ke rumah kelamin mereka selain didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil dapat kelonggaran tambah bilangan hari jumpa anak-anak, mahu bawa Diana sambut Aidiladha di Keda

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nak jumpa anak? Boleh! Dengan syarat Farid Kamil kena tulis surat kepada Diana 5 hari sebelum sesi pertemuan

Kata Fakhrul, Farid memfailkan nusyuz terhadap Diana pada 6 April lalu.

"Hari ini ada dua prosiding iaitu keputusan laporan JKP dan sebutan pertama tuntutan nusyuz. Kita akan lihat keputusan JKP dan pihak mahkamah akan beri arahan untuk tindakan selanjutnya.

"Sekiranya laporan JKP hari ini menunjukkan jalan buntu atau perbalahan berpanjangan (syiqaq) kemungkinan akan menggunakan kaedah hakam.

Farid Diana kahwin

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012.

"Tuntutan nusyuz tersebut berasaskan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan tidak jalankan tanggungjawab sebagai suami," jelasnya.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain