suria

[V] Puteri Sarah bantah injuksi sebab kebebasan bersuara, mahkamah buat keputusan 14 Ogos

Puteri Sarah dan Syamsul..

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam akan membuat keputusan berhubung perintah lanjutan injuksi ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana pada 14 Ogos 2023.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah berkata, mahkamah perlu meneliti terlebih dahulu alasan dikemukan kedua-dua belah pihak pada tarikh berkenaan sama ada injuksi itu dikekalkan atau diketepikan.

Pada 26 Mei lalu, membenarkan permohonan Syamsul atau Mohd Syamsul Md Yusof, 39, untuk mendapatkan perintah injunksi lanjutan terhadap Puteri Sarah selama dua minggu.

Injuksi lanjutan itu berakhir pada 8 Jun (hari ini).

sarah2 - 1

Ini merupakan injunksi lanjutan kedua dimohon oleh Syamsul terhadap isteri pertamanya.

Injuksi itu menghalang Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,38, daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk atau medium.

Bagaimanapun prosiding tersebut, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Dalam pada itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap injuksi lanjutan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah 'declare' Syamsul jadi BFF, boleh harap tolong jaga anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jika dua talak sudah dijatuhkan perceraian terkini Syamsul dan Puteri Sarah bertalak tiga

Kata Akberdin, anak guamnya akan membuat bantahan tersebut atas sebab kebebasan bersuara.

"Mahkamah akan meneliti alasan kedua pihak memandangkan sebelum ini ia dibuat secara ex-parte. Puteri Sarah membuat bantahan itu atas sebab kebebasan bersuara," katanya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu dan kes penceraian mereka masih berjalan di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain