suria

[V] Afiq Muiz fail tuntutan nusyuz, ada bukti Pachara Apin berlaku curang

afiq muiz 1

PELAKON Afiq Muiz memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga aktres Pachara Apin atas tuduhan berlaku curang.

Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, menjelaskan tujuan dia membuat tuntutan itu kerana memiliki bukti kukuh Pachara melakukan perkara tidak bermoral.

Jelasnya, kes itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang pada 4 Julai 2023.

afiq muiz 1

Afiq mendakwa Pachara berlaku curang.

"Saya akan failkan nusyuz terhadap Pachara sebab ada bukti dia ada lelaki lain dan melakukan perkara tidak bermoral," katanya kepada pemberita.

Afiq memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari pada petang Khamis bagi prosiding kes tuntutan fasakh yang difailkan isterinya sebelum ini.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 13 Julai ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz akhirnya muncul di mahkamah, Pachara Apin bawa dua saksi tuntutan fasakh

ARTIKEL BERKAITAN: Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami, Afiq Muiz hanya main game di rumah

Afiq diwakili peguam syarier Mohd Yazid Sa'at manakala Pachara diwakili Suriati Ab Ghani.

Sementara itu, Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, menyangkal tuduhan berlaku curang seperti mana didakwa Afiq dan enggan mengulas panjang mengenainya.

"Terus terang saya nak tergelak bila dapat tahu mengenai perkara ini.

Saya failkan nusyuz terhadap Pachara sebab ada bukti dia ada lelaki lain dan melakukan perkara tidak bermoral.

AFIQ MUIZ

PELAKON

"Saya terkejut juga, biasalah saya memang ada ramai kawan lelaki dan dakwaan dibuat adalah tidak benar.

"Kalau saya nak ulas perkara ini boleh tapi saya diminta untuk tidak bercakap apa-apa mengenainya," jelasnya.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

afiq muiz 2

Kemelut rumah tangga Afiq dan Pachara belum berakhir.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan polid di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain