suria

Peminat mula bising konsert 4G's tangguh sejak 2020, Tomok bersama 3 rakan penyanyi buat laporan polis

Hazama, Black, Tomok dan Akim buat laporan polis membela diri.

EMPAT penyanyi iaitu Tomok, Hazama, Akim Ahmad dan Black Hanafiah tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri susulan penangguhan konsert 4G's yang sepatutnya berlangsung pada April 2020.

Tomok mewakili rakan-rakannya memaklumkan laporan itu dibuat selepas ramai peminat mereka mula bertanya tentang konsert tersebut manakala pihak penganjur masih belum memberi kata putus sama ada persembahan itu diteruskan atau sudah dibatalkan.

"Konsert ini sepatutnya berlangsung pada 2020, sudah lama sangat tertangguh dan sampai sekarang belum ada kata putus tarikh baru penganjuran.

tomok 2

Konsert 4G's sepatutnya berlangsung pada April 2020.

"Sejak kebelakangan ini ramai peminat yang sudah bertanya tentang konsert tersebut kerana mereka sudah membeli tiket sejak awal dahulu namun tiada tarikh baru diumumkan.

"Jadi sebab itu kami buat laporan ini sebagai pembelaan diri. Pembeli tiket juga boleh buat laporan sekiranya merasakan perlu," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Tomok memberitahu laporan tersebut di buat di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok hampir ‘meraung’... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz

ARTIKEL BERKAITAN: Akim Ahmad hilang fokus lihat anak-anak membesar, muncul dengan ‘Saksama’ hasil ciptaan bersama Stacy

Dalam pada itu, Tomok berkata, dia tiada sebarang masalah dengan pihak penganjur dan masih berhubung namun meminta mereka membuat penjelasan sekiranya terdapat sebarang masalah agar pembeli tiket tidak rasa teraniaya.

"Laporan polis yang dibuat bukan untuk salahkan mana-mana pihak. Kami pun masih berhubung dengan penganjur. Jika mahu berjumpa pun, takut nanti mereka masih belum ada keputusan tetap.

Kami pula yang kena menjawab dengan peminat sedangkan ini masalah penganjur. Kami tidak boleh memberi sebarang kata putus

TOMOK

PENYANYI

"Jadi menerusi laporan ini juga kami harapkan mereka dapat beri penjelasan menerusi kenyataan akhbar atau pulangkan duit pembeli sekiranya konsert dibatalkan," jelasnya.

Tambah Tomok masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak menjejaskan nama mereka sebagai artis yang akan membuat persembahan.

Bagaimanapun Tomok memberitahu dia masih berharap agar konsert tersebut dapat dijalankan kerana gabungan bersama tiga rakan lain adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

tomok 3

Tomok mohon penjelasan pihak penganjur.

"Kami pula yang kena menjawab dengan peminat sedangkan ini masalah penganjur. Kami tidak boleh memberi sebarang kata putus.

"Bagaimanapun saya masih berharap konsert ini diteruskan sebab keserasian kami sangat bagus," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain