suria

Lelaki beristeri nak ‘pinjam’ anak Azhar Sulaiman untuk satu malam... Netizen tolong jejak identiti, siap jumpa salinan IC

Azhar berang seorang lelaki membuat komen tak senonoh terhadap anak perempuannya.

TINDAKAN biadab seorang lelaki meninggalkan komen meminta izin kepada Azhar Sulaiman untuk 'meminjam' anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona untuk sehari mengundang kemarahan pelakon berkenaan.

Kesal dengan tindakan kurang ajar lelaki itu, Azhar, 51, bertindak memuat naik komen dan gambar individu tersebut di Facebook dan meminta dia bertemu dengannya.

"Papa, pinjam Leona semalam," tulis lelaki berkenaan.

"Nak gaduh dengan saya ke bro? Moh jumpa," tulis Azhar menerusi kapsyen di Facebook miliknya.

354211760_10160132012019017_8406745282977311417_n

Azhar mendedahkan mesej yang dibuat lelaki berkenaan di TikTok.

Susulan pendedahan tersebut, warganet turut meluahkan rasa bengang terhadap lelaki itu yang disifatkan tidak beradab apatah lagi dia dipercayai sudah mendirikan rumah tangga.

Ramai meminta Azhar agar mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mudah meninggalkan komen berbaur lucah tanpa rasa malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman lega Leona sudah padam video berbikini, harap anak belajar daripada kesilapan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kasih Leona dapat perhatian macam ‘Superstar’, Azhar Sulaiman bimbang nama tenggelam gara-gara kontroversi anak... “Dia pakai sopan tak kata apa pula!”

Malah ada dalam kalangan mereka berjaya mendapatkan salinan kad pengenalan lelaki tersebut dan kemudian diberikan kepada Azhar untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Azhar dalam komennya pada hantaran tersebut tidak mahu mengambil tindakan lanjut terhadap si pelaku memandangkan dia sendiri sudah mendapat malu selepas semua media sosial miliknya lesap.

Azhar 1

Azhar tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Azhar berkata, dia tidak perlu menyaman lelaki itu kerana seseorang akan memberi pengajaran suatu hari nanti.

"Saya tak perlu saman dia, seseorang akan tampar dia nanti. Keluarga Leona sangat besar kaum kerabat dia.

"Terima kasih kepada peminat yang bagi saya kad pengenalan (IC) lelaki ini tanpa diminta. Kuasa rangkaian dan persahabatan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain