suria

[V] Shuib akhirnya bersemuka, berpelukan dengan pemfitnah... Bakal ambil tindakan terhadap seorang lagi individu

shuib 11

SELEPAS bersemuka dan bertentang mata, penyampai radio Suria FM iaitu Shuib terbuka hati memaafkan individu bernama Zulhairi Abu Othman, 35, yang telah menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah di media sosial, baru-baru ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung di kafe Bubblee Bee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, turut mengingatkan Zulhairi supaya tidak lagi menyebarkan fitnah tentang dirinya dan keluarga.

"Sejak bercakap di telefon semalam (Isnin), saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zulhairi tampil dan memohon maaf.

SHUIB 33

Shuib dan Zuhairi bersemuka pada Selasa.

"Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini," katanya dalam pertemuan tersebut.

Kedua-dua mereka juga dilihat berpelukan sebelum Shuib sendiri memohon maaf sekiranya sesi yang berlangsung bakal mengundang masalah lain buat Zulhairi.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sedang mengesan seorang lagi pengguna media sosial bernama John Dihani kerana telah menyebarkan fitnah tentang kematian isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bakal bersemuka individu tuduh terlibat Freemason, cari seorang lagi pengguna media sosial... peguam akan ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dah hilang sabar, mahu cari individu tuduhnya ahli Freemason

Shuib dengan nada tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.

"Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dahulu. Saya sudah bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengajaran.

"Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan kematian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunuh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti.

Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan kematian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunuh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.

Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematian Sarah.

shuib 11

Shuib bakal ambil tindakan saman terhadap seorang pengguna media sosial.

"Perkara ini boleh menimbulkan keraguan. Sebab saya sendiri yang melihat arwah meninggal dunia, saya yang mengangkat jenazah. Jadi penyebaran berita ini boleh timbulkan salah faham.

"Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap," tegasnya.

Untuk rekod Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTMUKM) pada 9 Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain