suria

Hafidz Roshdi belum nikah Athirah Yuhada, hubungan sekadar kawan 

Hafidz Roshdi menyangkal dakwaan sudah berkahwin dengan Athirah.

PELAKON Hafidz Roshdi mengesahkan dia masih belum mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Athirah Yuhada.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, turut menyangkal penampilan dia mengenakan sepasang baju Melayu putih pada hari raya lalu kerana melangsungkan pernikahan dengan wanita tersebut.

"Belum lagi, rileks dulu, apa-apa roger! Kalau saya kahwin mesti sya dah beritahu peguam saya.

"Saya tiada pengumuman nak buat," katanya kepada mStar.

Hafidz Rishdi

Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu pada pagi Khamis.

Hafidz berkongsi perkara itu selepas selesai sah bercerai talak satu dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada pagi Khamis.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Athirah, Hafidz menegaskan mereka hanya sekadar kawan.

"Belum lagi, belum ada apa-apa. Masih berkawan... bagi rehat dulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi beri bayangan kemelut rumah tangga bakal berakhir, Shuhada semangat hadir perbicaraan

Pada pagi Khamis, Hafidz dan Shuhada akhirnya sah bercerai talak satu selepas Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin mengesahkan lafaz dibuat pelakon itu pada 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain