PERBICARAAN hari keempat kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman semakin hangat apabila saksi mendakwa berlaku perbuatan liwat di antara personaliti itu dengan dua mangsa lelaki. Kenyataan tersebut dibuat saksi kesepuluh iaitu pendakwah bebas Firdaus Wong ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis. "Ada juga sebut 'main' belakang," katanya. Firdaus atau Firdaus Wong Hai Hung, 40, memberitahu mahkamah ketika menjawab pertanyaan Hakim Datin Surita Budin berkaitan istilah ‘main’ atau liwat ketika prosiding berlangsung. Pada perbicaraan itu, Firdaus memberitahu mangsa mengaku kepadanya bahawa Azman pernah meminta dia bersama seorang lagi mangsa meliwatnya dengan menggunakan perkataan ‘main’ sebagai gambaran perbuatan itu. Firdaus hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban sebagai saksi. Firdaus berkata dia mengetahui tentang perbuatan sumbang Azman selepas sesi pertemuan dengan dua mangsa yang berlangsung di Shah Alam pada 18 dan 27 Ogos tahun lalu. Kata Firdaus mangsa pertama mengaku perbuatan itu selepas mangsa kedua memberitahu perkara sama. Kata Firdaus, mangsa pertama mendedahkan kejadian sebenar setelah mengingati semula apa yang berlaku kepadanya pada pertemuan kedua di sebuah hotel di Shah Alam. "Saya tanya kepada mangsa, adakah Cik Man (Azman) minta untuk diliwat. Pada perjumpaan di SACC dia kata tak ada, tetapi pada perjumpaan kedua, selepas seorang lagi mangsa cerita bagaimana Cik Man ada minta liwatnya di rumahnya, seorang lagi mencelah. ARTIKEL BERKAITAN: Keberanian Firdaus Wong jadi sebab pendakwah Isfadiah minta bantuannya untuk kes amang seksual PU Azman ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah dedah PU Azman lakukan seks oral terhadap anak muridnya sehingga keluar air mani, diminta cium mulut "Mangsa berkata 'Uncle, saya ingat balik, saya pun ada'. Saya bertanya kepada mangsa kenapa pada perjumpaan pertama kata tak ada, mangsa memberitahu dia baru kemalangan, kepala masih sakit. Kalau ingat banyak sangat kepala akan sakit sangat," katanya. Sementara itu mangsa pertama juga menceritakan lebih terperinci apabila Azman meminta untuk memandikannya. Azman turut menggelarkan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada dua mangsa yang terlibat itu. "Seorang mangsa beritahu, ketika dia sedang mandi, Azman mengetuk pintu bilik air dan memintanya untuk buka dan berkata 'tak kan dengan ayah pun nak malu', kerana itu bahasa digunakan. Azman kelihatan tenang bersama peguamnya. "Kemudian mangsa keluar bilik air dengan bertuala, tapi Cik Man kemudian minta 'main'," ujarnya. Sepanjang prosiding yang berlangsung pada sebelah pagi, Firdaus kelihatan tenang menjawab setiap pertanyaan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya iaitu Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung. Manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir. Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau. Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu. Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!