suria

“Saya lebih takut azab Allah” - Firdaus Wong lebih bimbang Allah tanya kenapa tak bantu orang dizalimi 

Firdaus memberitahu mahkamah dia lebih takut azab Allah.

PENDAKWAH bebas Firdaus Wong tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana pihak berkuasa sehingga menyebabkan dia masuk campur dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman.

Firdaus atau Firdaus Wong Hai Hung bagaimanapun tidak menafikan mempunyai kenalan dalam kalangan pengamal undang-undang selain mahu bertindak sebagai pemudah cara buat mangsa kes melibatkan Azman.

"Tidak setuju (ada kaitan dengan pihak berkuasa).

"Saya beritahu mangsa kalau mereka perlukan bantuan psikologi kerana trauma akibat kes ini, kami sedia membantu," katanya.

Firdaus menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab soalan peguam bela tertuduh iaitu Fahmi Adilah pada hari keempat perbicaraan kes amang seksual melibatkan Azman di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis.

Azman Firdaus

Firdaus tampil sebagai saksi kesepuluh kes amang seksual Azman.

Pendakwah itu tampil sebagai saksi kesepuluh kes berkenaan.

Pada hari ketiga perbicaraan yang berlangsung pada Rabu, pendakwah bebas yang juga saksi kelapan, Isfadiah Mohd Dasuki memberitahu mahkamah dia menjadikan Firdaus sebagai tempat rujukan kes itu kerana menggangap personaliti tersebut sebagai seorang berpengaruh.

Isfadiah juga menyifatkan Firdaus sebagai seorang yang berani berjuang apabila timbul masalah melibatkan salah laku seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman minta dua remaja lelaki meliwatnya, dedah Firdaus Wong kepada mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah dedah PU Azman lakukan seks oral terhadap anak muridnya sehingga keluar air mani, diminta cium mulut

Sementara itu, Firdaus berkata, dia melihat dirinya sebagai seorang penakut namun bertindak bersuara bagi membantu mangsa kerana memikirkan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.

“Saya sebenarnya takut nanti di akhirat Allah akan bertanya kenapa saya tidak membantu orang dizalimi sedangkan saya berkemampuan.

“Sebenarnya saya seorang yang penakut, tetapi saya buat apa termampu walaupun dikecam dan dihina.

“Saya lebih takutkan azab Allah,” ujarnya.

WhatsApp Image 2023-07-27 at 1.56.49 PM

Firdaus menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa.

Pada awal perbicaraan, Firdaus mendedahkan berlaku perbuatan liwat di antara pendakwah itu dengan dua mangsa lelaki.

Firdaus memberitahu mangsa mengaku kepadanya bahawa tertuduh pernah meminta dia bersama seorang lagi mangsa meliwatnya dengan menggunakan perkataan ‘main’ sebagai gambaran perbuatan itu.

Firdaus berkata dia mengetahui tentang perbuatan sumbang tertuduh selepas sesi pertemuan dengan dua mangsa yang berlangsung di Shah Alam pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, perbicaraan sebelah petang yang menampilkan mangsa memberi keterangan diadakan secara tertutup.

Cik Man

PU Azman tenang sepanjang empat hari perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen, Seremban.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya iaitu Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung.

Manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Azman atau Azman Syah Alias, 43, berdepan dengan pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kediaman di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain