PENYANYI kontroversi Masya Masyitah mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia seni selepas teruk dikecam susulan menanggalkan tudung baru-baru ini. Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, berkata, dia sudah tidak berminat menjadi seorang selebriti selain mahu hidup bebas sebagai orang biasa tanpa perlu berdepan dengan dunia glamour. "Saya nak hidup bebas, saya sudah tidak mahu jadi seorang artis... tak mahu dunia glamour. "Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja," katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya. Masya minta orang ramai tidak menyalahkan keluarga atas keputusan dibuat. Masya mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya susulan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan tentang dirinya sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu, mengulas mengenai penampilan baharunya, Masya menjelaskan ia adalah keputusan sendiri tanpa didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lepas tudung, Masya Masyitah tayang bulu kaki pula - “Tolong cukur dulu!” ARTIKEL BERKAITAN: Berpeluk dengan pemuda atas skuter elektrik, netizen tampil pertahan Masya Masyitah - “Itu adik dia” Disebabkan itu juga, penyanyi itu menggesa orang ramai tidak meletakkan kesalahan yang dibuat di atas bahu ibu bapanya. "Semua pilihan saya sendiri. Kalau nak marah, marah pada saya dan bukannya babitkan ibu bapa saya. "Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak dan jangan salahkan mereka. Masya undur diri dari dunia hiburan dan mahu jalani kehidupan seperti orang biasa. "Siapa kata ayah saya akan tanggung (dosa tidak menutup aurat)? Saya sendiri buat, saya sendirilah yang tanggung," jelasnya. Pada 30 Julai lalu, Masya mengejutkan peminat apabila memuat naik foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan tudung. Sebelum ini, penyanyi itu sering menjadi sasaran netizen disebabkan gemar tampil dengan fesyen yang tidak sesuai dengan seorang wanita bertudung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!