PELAKON Wafariena menjelaskan dia tidak ada kena mengena berhubung sebaran fitnah terhadap pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang menggunakan nama kelab peminatnya di Facebook. Wafariena atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia mengetahui namanya menjadi sebutan selepas salah seorang ahli keluarganya berkongsi tentang hantaran yang dibuat Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pada Jumaat. Katanya, akaun tersebut bukan kelab peminatnya sebaliknya hanya mempunyai satu kelab peminat iaitu Wafariena Ranger yang diuruskan oleh ahli keluarganya. "Saya tahu perkara itu selepas ahli keluarga hantar posting Che Ta dalam kumpulan sembang keluarga kami. Che Ta berang difitnah sebuah portal. "Masa dapat itu saya cakap dekat semua agar buat tak tahu sahaja sebab bukan saya yang buat tapi orang lain. "Saya pun fan club cuma ada satu sahaja iaitu Wafariena Ranger. Itu pun kakak saya yang uruskan. Demi Allah bukan saya!," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba muncul cerita ‘naik tangan’, Che Ta mengamuk kisah rumah tangga dijaja di Facebook ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena tipu ejen jualan kereta, Wafariena akhirnya dapat kenderaan idaman Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wafariena memberitahu ini bukan kali pertama namanya tercemar disebabkan pihak tidak bertanggungjawab. Jelasnya, dia juga pernah membuat laporan mengenai perkara itu namun masih ada pihak menggunakan namanya. "Ini bukan kali pertama, banyak kali dah melibatkan fans club yang bukan saya punya. Saya tahu perkara itu selepas ahli keluarga hantar posting Che Ta dalam kumpulan sembang keluarga kami. WAFARIENA PELAKON "Saya pun dah banyak kali buat laporan mengenai perkara itu. Bukan dekat Facebook sahaja tetapi Instagram dan TikTok pun ada," katanya. Dalam pada itu, Wafa berkata dia percaya Che Ta dan juga peminat aktres tersebut mengetahui laman tersebut bukan miliknya. Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Instagram Wafa, dia telah memuat naik beberapa akaun yang dipercayai palsu menggunakan namanya demi kepentingan peribadi. Nama Wafa sering digunakan bagi tujuan tidak baik. "Itu nanti saya akan bincang dengan pengurus saya... sebab benda ini baru lagi. "Lagipun tengok komen dalam itu macam tahu yang itu sekadar scammer sahaja yang menggunakan nama artis untuk benda tak baik," ujarnya. Sebelum ini, Che Ta meluahkan rasa kesal apabila terdapat tuduhan rumah tangganya bersama suami didakwa sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik Facebook Wafariena Fans Club. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!