PERSONALITI media sosial Aisar Khaled menyangkal dakwaan dia membaling duit ke arah penonton dari atas sebuah kren bersempena sambutan hari jadinya yang ke-23 pada 6 Ogos lalu di Setia Alam, Shah Alam. Menjelaskan perkara sebenar, Aisar berkata, pada awalnya dia memang berniat untuk melempar wang kepada tetamu yang hadir namun sedar tindakan itu bakal mendatangkan kesan negatif kepadanya. Disebabkan itu, Aisar memberitahu, dia bertanya kepada tetamu cara paling sesuai untuk berkongsi rezeki sebelum menggantikan kupon yang tertera jumlah wang bakal diterima mereka. "Mula-mula saya rancang memang nak 'tembak' (baling) duit tapi saya fikir perkara itu akan menjadi satu impak negatif. Aisar meraikan pengikut sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-23. "Lagipun saya tak pernah mengadakan majlis besar seperti itu, jadi saya tak boleh mengawal keadaan apatah lagi tetamu yang ramai. "Jadi saya tanya kepada tetamu cara apa paling sesuai dan mereka setuju untuk saya baling kupon yang tertera jumlah wang yang bakal diterima," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Sebelum ini, video majlis hari lahir Aisar yang dimuat naik di TikTok mendapat kecaman netizen apabila ramai yang tidak senang melihat cara personaliti itu berkongsi rezeki. ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled beli rumah kedua bernilai hampir RM1.5 juta, pasang impian bawa pengikut tunai umrah ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aisar Khaled beli kondominium mewah RM1 juta dekat KLCC... Bangga kumpul aset hartanah di usia 22 tahun Malah, terdapat netizen yang menyamakan tindakan Aisar seperti sedang memberikan makanan kepada ayam. Dalam pada itu, Aisar memberitahu dia sudah lama berhajat berkongsi rezeki buat pengikut media sosial yang selama ini menyokong kariernya sebagai content creator. Jelasnya, dia hanya memberikan kupon dan tetamu boleh menukarnya kepada wang tunai mengikut jumlah yang tertera pada kad tersebut. Mula-mula saya rancang memang nak 'tembak' (baling) duit tapi saya fikir perkara itu akan menjadi satu impak negatif. AISAR KHALED PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Saya selalu mengimpikan untuk membuat sebuah majlis sambutan bagi memberi penghargaan kepada pengikut saya. "Bila difikirkan semula, Alhamdulillah tahun ini rezeki saya murah dan saya memang berniat untuk memberikan wang tunai kepada tetamu. "Dalam kupon yang diberikan itu, tertulis wang yang akan diterima seperti RM100, RM50 dan mereka hanya perlu tukar di kaunter bagi mendapatkan wang tunai," jelasnya. Sementara itu, Aisar berkata dia mengeluarkan RM100,000 untuk diberikan kepada pengikutnya termasuk sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah utama. Kehidupan Aisar lebih tenang selepas berkongsi rezeki. Kata Aisar, sudah hampur setahun dia melakukan kerja-kerja amal dengan berkongsi rezeki kepada masyarakat dan hidupnya lebih tenang dan bahagia. "Saya menghabiskan lebih kurang hampir RM100,000 untuk berikan hadiah kepada tetamu malam itu, termasuk hadiah utama sebuah kereta Axia. "Dulu kan saya banyak kontroversi, bermula daripada itu saya mahu melakukan perkara-perkara kebaikan untuk memberi teladan kepada orang ramai. "Hari demi hari, saya rasa hidup saya jadi lebih baik... sudah tidak ada lagi kehidupan toksik... lebih baik untuk kesihatan mental saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!