PEMBATALAN majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengejutkan ramai pihak sehingga ada melahirkan rasa tidak percaya akan berita tersebut. Menerusi tinjauan mStar, Syafiq dan Mimi tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing namun masing-masing masih belum memadam foto bersama. Sehingga saat ini juga, Syafiq tidak memuat naik sebarang hantaran terkini di laman media sosialnya yang seolah-olah memberi gambaran dia enggan memberi sebarang reaksi berhubung pembatalan majlis berkenaan. Malah usaha menghubungi pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, itu juga tidak berjaya. Ramai meluahkan rasa terkejut apabila pasangan ini membatalkan pernikahan mereka. Manakala Mimi pula sehingga semalam dilihat sibuk berada di lokasi penggambaran drama berjudul Headliners bergandingan dengan aktor Meerqeen. Namun pelakon drama Perempuan Itu sempat memuat naik sebuah puisi dalam bahasa Inggeris yang menyentuh tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya. Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruang komen hantaran berkenaan. Sementara itu, memetik laporan Oh Bulan, adik kepada Syafiq iaitu Syazwan Razak enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan pernikahan abangnya sebaliknya minta aktor itu sendiri berbicara mengenainya. ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah ARTIKEL BERKAITAN: Menghitung hari bahagia, Mimi Lana diraikan dalam 'bachelor party'... Fazura titip pesanan untuk sahabat baik "Saya rasa lebih baik tunggu Syafiq sendiri cakap," katanya. Pengurus Mimi iaitu Iman Tang pula memberitahu Berita Harian aktres itu sendiri memaklumkan pembatalan majlis itu kepadanya Rabu lalu disebabkan terikat dengan jadual penggambaran selain perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq. Iman menjelaskan hubungan Mimi dan Syafiq masih baik dan perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan diberitahu kemudian. Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos ini mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam. Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis berkenaan hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi. Pada Khamis lalu, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapatnya termasuk pelakon Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad. Aktres drama Perempuan Itu juga hampir mengalirkan air mata kerana sebak dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakannya. Pada 21 Januari lalu, Mimi memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq. Mimi dan Syafiq sepatutnya diraikan dalam majlis kenduri di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. Syafiq dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan hanya menanti hari bahagia Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial. Dalam pada itu ada pula netizen mendakwa pasangan berkenaan sebenarnya bernikah malam ini. Sumber yang mendakwa jiran kepada Mimi dari Taiping, Perak membuat kenyataan itu pada komen di laman sosial. Semakan pihak mStar dengan produksi drama lakonan Mimi pula mendapati pelakon itu sudah mengambil cuti panjang bermula Jumaat tanpa menjelaskan tujuannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!