suria

Dituduh tak puas enjoy punca tak jadi kahwin Nafiez Zaidi, Fify Azmi jawab berkeras mahu berpisah - “Tak perlu buka aib sesiapa”

Fify dan Nafiez sepatutnya mendirikan rumah tangga Disember tahun lalu.

PELAKON Fify Azmi meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak meletakkan kesalahan ke atas bahunya susulan hubungannya dengan aktor Nafiez Zaidi berakhir dengan perpisahan.

Fify atau Nur Afiqah Muhammad Azmi, 33, sebaliknya berkata, perpisahan itu adalah keputusan bersama selain menganggap apa terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya.

"Ada juga kata kononnya saya tak puas enjoy sampai tergamak putuskan hubungan kami. Kalaulah saya yang tak mahu kahwin, kenapa saya dah siap buat tempahan majlis kami?

"Semua saya buat sebelum ini... Saya anggap tiada jodoh di antara kami. Rasanya tak perlu nak cakap lebih dan membuka aib sesiapa.

fify azmi 2

Fify menganggap Nafiez bukan jodohnya.

"Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ia juga buat saya sedar dan jadikan ia pengajaran pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, Nafiez mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir dan Fify sendiri yang meminta untuk tidak meneruskan perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka juga dikatakan sudah menetapkan tarikh perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Maafkan bekas pembantu peribadi, Fify Azmi tutup kes kebas duit RM15,000

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kebas duit, PA tuduh Fify Azmi ambil barang terlarang sebelum berlakon... Teman lelaki anggap tak masuk akal!

Dalam pada itu, Fify memberitahu tiada sengketa berlaku antara dia dan Nafiez malah mereka tidak pernah mengelak sekiranya bertemu di mana-mana majlis.

"Kami baik-baik sahaja malah tiada istilah pun cuba nak mengelak berjumpa dan kami tidak bergaduh.

"Dalam hal perkahwinan bagi saya kenalah bersedia dari semua aspek sebelum betul-betul mahu melangkah ke fasa baru," ujarnya.

fify azmi 3

Fify mahu fokus kepada karier seni.

Tambah Fify, dia juga belum terbuka hati mencari pengganti kerana ingin memberi fokus kepada keluarga serta karier seni.

Malah dia turut mendoakan yang terbaik buat bekas teman lelakinya itu sekiranya dia bertemu pengganti baharu.

"Saya gembira kalau dia dah ada orang baru. Saya sentiasa doakan kebahagiaan dia. Apa sahaja yang buat dia gembira, saya sokong.

"Buat masa sekarang biarlah saya fokus dahulu dengan kerjaya. Belum masanya lagi nak cari teman pengganti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain