PELAKON Zara Zya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada Jumaat susulan menjadi mangsa gangguan seksual. Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, memberitahu dia sudah berdepan dengan gangguan itu sejak beberapa bulan lalu sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis bagi melindungi dirinya. "Laporan polis dibuat ke atas individu yang telah melakukan gangguan seksual terhadap saya dengan secara lisan, hantaran gambar tidak sopan. "Gangguan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan lepas," katanya. Zara turut membuat laporan polis terhadap individu yang menggunakan nama dan gambanya dalam penipuan scam pelaburan dalam talian di Facebook. Zara berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Zara berkata, dia tampil membuat laporan selepas kejadian itu membuatkan dia berasa tidak selesa selain ia menganggu emosinya. ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya tak sangka ramai bertanya tentang foto tunang... tunggu masa sesuai cerita hal sebenar ARTIKEL BERKAITAN: Foto Zara Zya dirisik tersebar... Netizen petik nama Alha Alfa sebagai bakal suami "Saya menerima panggilan bertubi-tubi setiap malam yang menganggu emosi. "Ia juga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya," ujarnya. Sementara itu, Zara mendedahkan dia turut membuat satu laporan polis lain terhadap individu berbeza berhubung dakwaan menyalahgunakan namanya untuk tujuan penipuan. "Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan mebuat laporan polis ke atas individu yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan scam pelaburan dalam talian di Facebook," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!