PENGENDALI majlis pernikahan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana hanya menunggu maklum balas mengenai urusan hari bahagia mereka. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Hospitaliti, Weddie iaitu Mizwan yang bertanggungjawab menguruskan jemputan tetamu majlis pasangan berkenaan. "Kami masih lagi terlibat. Buat masa sekarang kami menunggu keputusan keluarga kedua-dua belah pihak untuk maklumat lanjut,” katanya kepada mStar pada Ahad. Majlis pernikahan Syafiq dan Mimi sepatutnya berlangsung di Bentong pada 18 Ogos ini. Dalam pada itu, Mizwan berkata, pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini di Puncak Rimba, Bentong, Pahang bukan dibuat pada saat-saat akhir. Sebaliknya kata Mizwan, pihaknya ada berbincang dengan Syafiq dan Mimi sebelum bertindak menghantar mesej pemberitahuan pembatalan kepada tetamu jemputan pada Jumaat lalu. Enggan memperincikan punca sebenar di sebalik pembatalan itu, Mizwan sebaliknya meminta peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung hal berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana luah perasaan, moga Allah beri kekuatan dan kesabaran tempuh ujian "Kita tidak boleh cerita secara terperinci, namun apa yang boleh saya katakan ia bukan terjadi begitu sahaja. Berlaku perbincangan sebelum kami dapat keputusan akhir. "Apa yang boleh saya katakan tiada sebarang tanda negatif. Kita juga tidak boleh buat spekulasi dan elok tunggu sahaja keputusan mereka," ujarnya. Sementara itu, Mizwan turut memuji sikap dan kerjasama baik yang ditunjukkan oleh Syafiq dan Mimi yang bertungkus lumus menguruskan majlis mereka meskipun membatalkan perancangan berkahwin pada 18 Ogos. Mereka mahukan yang terbaik untuk perkahwinan ini. Baik untuk keluarga dan juga peminat WEDDIE Jelasnya, pihak Weddie juga tidak mengalami sebarang kerugian susulan pembatalan majlis itu dan menyifatkan pasangan itu sangat bertanggungjawab dalam setiap keputusan dibuat. "Kami tidak mengalami sebarang kerugian susulan pembatalan majlis itu. Syafiq dan Mimi menguruskan dengan baik. Mereka sangat bertanggungjawab. Hanya keadaan kurang mengizinkan buat masa sekarang. Syafiq dan Mimi mengumumkan batal nikah pada 11 Ogos. "Mereka mahukan yang terbaik untuk perkahwinan ini. Baik untuk keluarga dan juga peminat," jelasnya. Pada Jumaat lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita pembatalan majlis nikah pasangan itu yang kemudian mengundang pelbagai spekulasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!