KETUA kumpulan Ukays iaitu Amy tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan penyanyi Amir UK's yang melarang lagu nyanyiannya digunakan oleh pihak lain bagi tujuan mempromosikan persembahan mereka. Dalam hal ini, Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan, 50, berkata tidak sepatutnya Amir membangkitkan isu berkenaan kerana lagu yang dinyanyikan olehnya itu merupakan hak cipta syarikat rakaman. "Lagu, lirik dan sound recording semuanya dibawah syarikat pengurusan. Tidak ada isu pun. "Sebenarnya lagu-lagu ini semuanya boleh dimainkan di pusat karaoke, stesen televisyen... tak ada isu pun kalau cakap pakai suara dia. Ukays masih lagi aktif membuat persembahan pentas. "Kadang-kadang saya tak faham lagu yang dirakam itu pada tahun 1995 tapi kenapa sampai sekarang masih nak diungkit?" katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Amy yang juga merupakan pemain keyboard turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Amir itu kerana dia sendiri yang memilih untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bergerak secara solo. Selepas Amir memilih untuk mengundur diri, mereka sebagai pemuzik hanya menyambung kerjaya seni bagi meneruskan kelangsungan hidup. ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Makin lama makin melampau" - Amir Ukays bengang kumpulan nama sama masih guna lagu nyanyiannya untuk tujuan promosi ARTIKEL BERKAITAN: 'Konsert Kasih Pengasih 2023' satukan Iklim, Ameng, Zamani dan Amir Ukays... Inisiatif kumpul dana untuk pusat pemulihan baharu "Kisah kumpulan Ukays ini sebenarnya panjang. Pada 1997, Amir keluar tinggalkan kumpulan kami. "Jadi bila dia (Amir) keluar kumpulan, kami yang pemuzik ni nak pergi mana? Pernah tak selama 23 tahun ini dia fikirkan anggota kumpulan yang lain nak hidup macam mana? "Saya juga sebahagian daripada kumpulan itu dulu, jadi kenapa nak ungkitkan lagi. Dia gerak solo boleh saja, tapi anggota lain nak cari makan tak boleh pula," ujarnya. Lagu, lirik dan sound recording semuanya dibawah syarikat pengurusan. Tidak ada isu pun. AMY UKAYS KETUA KUMPULAN UKAYS Mengulas mengenai isu mereka mengambil bayaran murah semasa persembahan seperti yang didakwa Amir sebelum ini, Amy menjelaskan situasi yang dialami mereka adalah berbeza. Kata Amy, nama Amir sudah dikenali dalam industri hiburan tanah air sedangkan kumpulan mereka hanya menggunakan khidmat penyanyi baharu. "Dia (Amir) ditahap legenda, sebut saja nama dia satu Malaysia kenal. Tapi kami ini yang gunakan penyanyi baru, mana boleh nak samakan harga dengan dia. "Takkanlah dengan budak baru (penyanyi) kami nak minta penganjur bayaran sehingga RM20,000. "Masa dengan Amir dulu memanglah megah. Zaman 90-an Semua orang tahu lagu kami tapi sekarang kita dah 2023," jelasnya. Enggan isu ini terus berlarutan, Amy memberitahu pihaknya sudah melantik peguam untuk menyelesaikan kes berkenaan di mahkamah. Malah, dia mengakui sudah malas untuk menjawab mengenai kontroversi berkenaan kerana menganggap ia hanya membuang masa. "Sebenarnya saya malas nak komen sebab perkara ini tak pernah nak selesai. Daripada dulu diungkit, kalau tak silap saya dia (Amir) pun sudah mahu melantik peguam... saya pun dah lantik peguam untuk uruskan kes ini. "Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkara ini tanya sajalah pada peguam nanti. "Sekarang kita dah tahun 2023, saya tidak ada masa untuk bergaduh... kita nak bekerja. Banyak lagi benda nak fikir," katanya. Amir mempersoalkan isu lagu nyanyiannya digunakan oleh Ukays. Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Amir memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama yang sama dengan kumpulannya ketika ini. Kesal dengan apa yang berlaku, Amir atau Mohd Azmir Muhammad Yusof, 54, berkata dia melihat isu ini masih belum berkesudahan dan tidak menemui jalan penyelesaian. Untuk info, selain UK's yang dianggotai Amir, terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays yang ditubuhkan bekas anggota UK's iaitu Amy. Manakala, satu lagi kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka iaitu Achik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!