SEJAK beberapa hari lalu nama pelakon Amy Nur Tinie hangat diperkatakan susulan memuat naik aksi berani menggayakan bikini di Instgram miliknya. Menjelaskan perkara itu, Tinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 27, berkata, foto berkenaan adalah gambar lama sewaktu dia menghadiri pertandingan Miss Eco International 2021 yang diadakan di Mesir. Tinie yang juga pemenang pertandingan itu pada 2019, hadir pada acara tersebut bagi menyerahkan semula takhta kemenangannya pada peserta tahun tersebut. "Sebenarnya itu gambar lama... foto throwback. Sewaktu itu saya berada di Mesir untuk menyerahkan takhta yang saya menang pada 2019. Tinie mahu menggembalikan bentuk tubuhnya seperti sebelum ini. "Foto itu diambil di sebuah pantai private yang hanya dihadiri oleh peserta dan kru terlibat sahaja," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Tinie memberitahu tujuan sebenar dia memuat naik foto berkenaan adalah untuk memberi semangat bagi mendapatkan bentuk badan seperti dulu. Kata Tinie, selepas meninggalkan dunia ratu cantik, dia sukar untuk mengekalkan bentuk badan dan berdepan dengan masalah kenaikan berat badan. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu 'caring' punca ramai jatuh cinta, Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita ARTIKEL BERKAITAN: Netizen seru nama ibu Lisa, terkejut tengok idola kesayangan pakai bikini "Konon-kononnya saya muat naik gambar itu sebagai inspirasi untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu semula. "Sejak dah tak masuk bertanding ratu cantik ini, saya sudah tidak begitu menjaga makan. "Saya akui berat badan mula naik lebih-lebih lagi sewaktu menjalani penggambaran drama... bila banyak masa terluang saya memang asyik makan saja," ujarnya. Kalau bercuti di dalam negara memang saya tidak beranilah nak pakai seperti itu. AMY NUR TINIE PELAKON Meski pun banyak bertanding dalam pertandingan ratu cantik, Tinie mengakui dirinya masih menjaga batas daripada segi pemakaian. Tambah Tinie, dia juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk menunjukkan susuk tubuhnya di khalayak ramai. "Kalau ikutkan saya ini tidaklah terlalu seksi. Misalnya di Instagram, saya tidak juga memuat naik foto yang menampakkan lurah atau kain terbelah sampai ke atas paha. Tinie pernah menyertai pertandingan ratu cantik. "Kalau bercuti di dalam negara memang saya tidak beranilah nak pakai seperti itu (bikini)... memang tidaklah. "Saya pun sebenarnya insecure dengan badan sendiri... kalau ramai sangat orang pun saya tak berani nak tunjuk badan pakai bikini," katanya. Untuk rekod, Tinie juga pernah menyandang gelaran Miss Malaysia Kebaya 2016 dan Ikon Wanita Melayu 2018. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!