suria

Mimi Lana kini di luar negara, kongsi foto sehari sebelum tarikh sepatutnya nikah 

Mimi berkongsi gambar berada di luar negara.

KHABAR angin pelakon Mimi Lana membawa diri sehari selepas membatalkan pernikahan dengan Syafiq Kyle rupanya benar selepas dia sendiri memuat naik beberapa foto berada di luar negara pada malam Rabu.

Dalam perkongsian itu, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkongsi beberapa foto dia sedang bersiar-siar di taman selain membeli belah di sebuah pasar raya.

Menerusi tanda harga Pound Sterling yang terpapar pada rak barangan di pasar raya itu, Mimi dipercayai berada di London.

mimi lana 3

Mimi dan Syafiq sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat (hari ini).

Aktres itu juga turut dilihat bertemu dengan beberapa kenalan ketika berada di sana selain penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz turut kelihatan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.

Mimi hanya meletakkan kapsyen 'breathing' atau bernafas yang menggambarkan dia sedang mencari ketenangan selepas kekecohan dia dan Syafiq tidak jadi berkahwin.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai mendoakan agar Mimi terus kuat dalam mengharungi cabaran selain memintanya menjaga diri di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Batal majlis nikah Syafiq Kyle dan Mimi Lana... Ini penjelasannya

Sebelum ini, mStar dimaklumkan, Mimi mengambil cuti selama seminggu daripada penggambaran sebuah drama.

Dia dikatakan menaiki penerbangan sehari selepas mengumumkan pembatalan nikah dengan Syafiq.

Tidak dapat dipastikan tujuan Mimi ke sana, namun sumber mengesahkan ia tiada kaitan dengan penglibatan dalam drama terbaharu lakonannya.

mimi lana 2

Syafiq masih mendiamkan diri berhubung pembatalan perkahwinan dengan Mimi.

Bagaimanapun cerita tersebut dinafikan oleh pihak pengurusan Mimi yang memberitahu aktres itu tidak ke luar negara.

Mimi dan Syafiq sepatutnya bernikah pada hari ini (18 Ogos) dalam sebuah majlis yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas tetamu majlis mereka mendapat kiriman emel tentang pembatalan tersebut secara tiba-tiba pada 11 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain