NAMA Datuk Zainal Abidin Hassan kembali menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila tular video memperlihatkan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu keluar bersama seorang wanita dipercayai penyanyi Fyna Jebat. Dalam video tular di aplikasi TikTok, Zainal dilihat sedang menikmati sarapan pagi bersama isteri keduanya itu di sebuah restoran di Damansara, Selangor. Enggan mengulas lanjut mengenai rakaman tersebut, Zainal, 62, berkata dia belum menonton dan tidak mengetahui mengenai penyebaran video itu. Malah Zainal mematikan panggilan telefon ketika meminta mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama penyanyi berkenaan. Netizen tumpang gembira melihat Zainal dan Fyna. "Saya pun tak tengok... saya pun tak tahu apa. "Saya tengah makan ini... nanti saya hubungi semula," katanya kepada mStar. Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok video memaparkan Zainal sedang menjamu selera bersama wanita yang mengenakan pakaian serba hitam dan berambut pendek. Video yang dimuat naik oleh akaun milik sebuah portal hiburan itu turut disertakan kapsyen Fyna dan Zainal kelihatan mesra ketika menjamu selera berdua. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tengah memandu nak pergi latihan” - Ini reaksi Zainal Abidin ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak pernah berdamai dengan Fyna Jebat, anak dedah Zainal Abidin dah ceraikan isteri muda "Mesranya penyanyi Fyna dan Datuk Zainal Abidin bersama-sama menikmati hidangan masing-masing pagi tadi di sebuah restoran di kawasan Damansara," tulisnya pada ruangan kapsyen. Sementara itu, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai status rumah tangga pasangan itu yang sebelum ini dikatakan sudah berpisah pada Mei lalu. Malah ada juga yang tumpang gembira jika mereka sudah rujuk semula dan kembali sebagai pasangan suami isteri. Fyna mengakui jadi isteri kedua Zainal pada Januari lalu. Pada Mei lalu, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memaklumkan bapanya dan Fyna telah berpisah menerusi satu komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia selepas tular satu hantaran mengatakan ibunya iaitu Datin Zalina Zaini dan Fyna sudah berdamai. Pada Januari lalu, Fyna mengaku bergelar isteri kedua Zainal namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu. Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan hasil perkahwinan 43 tahun itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!