suria

Datuk K curi perhatian, hadir ke mahkamah jadi saksi kes Ahmad Zahid 

Datuk K hadir di Kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

SUAMI kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.46 pagi Isnin.

Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain