suria

Setahun tunggu reviu, wanita ini dedah perbualan dengan Da'i Syed... Akhirnya dapat balik wang miliknya 

Perbualan Syed bersama wantia tersebut dikongsi di TikTok.

SELEPAS reda kontroversi kes mahkamahnya, nama Da'i Syed sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila ada pihak mendakwa pendakwah selebriti itu tidak menjalankan amanah ketika membuat reviu produk di Instagram miliknya.

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @A!m3a mendakwa selepas dia membuat bayaran untuk kandungan berbayar, Syed didakwa tidak melaksanakan perjanjian mereka.

Lebih malang dakwanya, Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamalulail, 28, enggan memulangkan semula bayaran dibuat selepas gagal memuat naik kandungan berbayar seperti dijanjikan.

@A!m3a turut mendedahkan mesej perbualan mereka menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.

SYED22 - 1

Pendedahan yang dimuat naik di TikTok.

“Lepas dia (Syed) bersetuju untuk buat paid review, dah bayar tapi tak buat. Duit saya lebur macam itu saja... Selepas itu DM tak baca dah," katanya.

Dalam pada itu, wanita itu memberitahu dia cuba mendapatkan semula wang yang tidak didedahkan jumlahnya kerana mempunyai cahaya mata yang perlu ditanggung.

Bagaimanapun selepas hampir setahun, wanita itu sekali lagi menghantar mesej iaitu pada Disember 2022 kepada Syed di Instagram namun ia tidak dibaca.

Menerusi perbualan yang didedahkan, Syed dikatakan meminta wanita asal Terengganu itu untuk datang ke Kuala Lumpur namun pelawaan itu ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed korban motosikal RM20,000 buat peminat... Kongsi kisah bertemu Hana Ismail dalam '7 Hari Istikharahku'

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail selesai cuci rahim selepas keguguran, luah rasa terharu Da'i Syed setia menjaganya

Tarikh perbualan pada mesej yang dihantar berlaku di antara 27 Januari hingga 22 Februari 2022.

Sementara itu, menerusi ruang komen, @A!m3a memaklumkan selebriti itu sudah menghantar pesanan mesej kepadanya dan membayar semula wang miliknya selepas video yang dimuat naik tular di media sosial.

"Kuasa viral dia dah DM saya balik, refund duit saya," katanya.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Syed berhubung isu itu tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar kepada tidak dibalas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain