suria

Kenyataan dianggap narsisistik, Sakinah minta Nad Zainal berpijak di bumi nyata 

Sakinah meluahkan kata-kata kesal terhadap Nad di Instagram.

PELAKON Sharifah Sakinah menyifatkan kenyataan dibuat aktres Nad Zainal berhubung isu bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti sebagai narsisistik kerana menidakkan kenyataan yang sedang berlaku.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, turut meminta pelakon itu bersikap berpijak di bumi nyata selain bimbang kata-kata palsu yang dikeluarkan akan menjadi takdir buat dirinya.

"Luahkan kata-kata dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata.

"Fikiran narsisistik kamu, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir kamu," tulisnya.

Kinah 2

Hantaran dibuat Sakinah mendapat perhatian netizen.

Sakinah menulis perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Pelakon itu dipercayai meluahkan perkara itu susulan kenyataan Nad menyangkal dakwaan dia bermasam muka dengan segelintir selebriti yang pernah menjadi sahabatnya.

Malah kata Nad, dia tidak mahu memberi fokus kepada siapa yang hilang dari 'radar' kerana menganggap ia bersifat 'high school' untuknya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, Sakinah turut memaparkan paparan skrin yang pernah dimuat naik mendoakan Nad ketika aktres itu bertarung nyawa disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru pada Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?” - Komen Nabila Huda timbul pertanyaan, Nad Zainal anggap isu masam muka bersifat ‘high school’

ARTIKEL BERKIATAN: [V] Jawab isu masam muka, Sherry Alhadad gembira tengok Nad Zainal bahagia - “Saya anggap dia macam adik”

Sakinah yang seakan-akan terguris dengan kata-kata dikeluarkan Nad dalam temu bual tersebut memberitahu akan memadam hantaran itu dan berjumpa aktres itu di 'alam' lain.

"Dah boleh padam kot hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat seakan sedih melihat kemelut yang melanda rakan artis itu.

Malah mereka juga menyokong agar Sakinah dan yang lain menjauhkan diri dari aktres berkenaan bagi mengelakkan sebarang masalah lebih teruk selepas ini.

Kinah

Sakinah turut memuat naik hantaran yang pernah dibuat tentang Nad sebelum ini.

"Sedih bila orang dah anggap kawan tapi dia buat macam ini.

"Kami sokong awak dan Abil, jauhkan diri dengan orang yang macam itu," komen netizen.

Susulan keadaannya yang kritikal ketika itu, rakan artis turut melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.

Bagaimanapun selepas Nad kembali sihat timbul desas-desus mengatakan pelakon itu bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti namun tidak diketahui punca sebenar kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain