suria

“Lain kali sila mengumpat di rumah” - Selepas ‘jentik’, mahu jumpa pula... Individu tak mengaku buka cerita fasal Puteri Sarah

Puteri Sarah tidak mahu lagi memberi muka pada mereka yang menganggu hidupnya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan individu dipercayai ahli keluarga bekas madunya iaitu Ira Kazar ada meminta untuk bertemu dengannya selepas menjentik dirinya di media sosial.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, wanita berkenaan hanya berlakon menjadi mangsa keadaan kerana selepas tidak mengakui bercerita tentang dia di media sosial.

Sebaliknya bekas isteri pertama pengarah Syamsul Yusof itu meminta individu tersebut bercakap dengan peguamnya.

"Sekarang nak tunjuk jadi mangsa pula... katanya tidak pernah bercerita tentang saya.

sarah11 - 1

Perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

"Nak jumpa dengan saya? Maaf, cakap sahaja dengan peguam saya. Kita jumpa di mahkamah nanti," katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut menasihatkan individu terbabit tidak bercerita di media sosial bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli keluarga Ira Kazar ‘jentik’ Puteri Sarah, tiada lagi belas kasihan - "Jumpa di mahkamah terus"

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah, Ira Kazar temui jalan damai... Kes saman selesai luar mahkamah

Menurut Puteri Sarah, dia tidak akan mula bertindak sekiranya tidak diganggu dan memberitahu dirinya sudah move on dengan kehidupan sendiri.

"Kalau awak tidak mulakan, saya tidak akan bertindak. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua pergi balik Jakarta tak ada masa nak berdrama cari fasal.

"Lain kali nak bercerita buruk sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial... jangan dijolok sarang tebuan.

Kalau awak tidak mulakan, saya tidak akan bertindak.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Orang dah move on tak perlu nak ungkit semua cerita," ujarnya.

Pada Jumaat, Puteri Sarah mendedahkan ada menerima pesanan mesej daripada peminatnya yang memberitahu individu itu menjaja cerita meskipun sudah menarik balik saman terhadap mereka sebelum ini.

Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya memberitahu dia bakal mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada majikan wanita itu yang merupakan seorang ejen insurans.

qwq

Puteri Sarah dan Syamsul bercerai pada 14 Jun lalu.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira atas dakwaan menganggu rumah tangganya.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarga serta keluarga mentuanya termasuk suami, Syamsul.

Bagaimanapun, Julai lalu, peguam bela Puteri Sarah iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff mengesahkan kes saman aktres berkenaan terhadap bekas madunya itu diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Menurut Puteri Ummi, dalam sebutan kes yang dilakukan secara atas talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norakhmar Mohd Sani, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain