suria

Kecoh Nabila Razali sudah bertunang dengan bekas pelumba litar, pengurus pun baru tahu

Nabila Razali didakwa sudah bertunang dengan bekas pelumba kereta litar Formula.

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Nabila Razali dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani pada malam Jumaat lalu.

Pengurusnya iaitu Mohd Asrul atau Ash bagaimanapun memaklumkan dia juga tidak mengetahui mengenai berita pertunangan Nabila yang sedang kecoh diperkatakan.

Sebaliknya hanya mengetahui mengenai perkara itu pada Ahad dan meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Nabila.

Nabila 1

Nabila tidak berkongsi apa-apa mengenai majlis bertunang.

"Saya tak tahu, saya pun baru tahu hari ini. Kena tanya Nabila sendiri," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Bagaimanapun usaha mStar mendapatkan pengesahan daripada tuan badan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar kepada penyanyi lagu Peluang Kedua itu tidak berjawab.

Pada Ahad, Kosmo melaporkan Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, telah mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula di kediamannya di Selayang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali perjelas ke Genting Highlands dengan lelaki berjambang, tak tolak sedang kenali hati budi

ARTIKEL BERKAITAN: Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Nabila Razali tahan penunggang motosikal tumpang ke lokasi show

Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Nabila mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain