suria

Enot akhirnya jawab tuduhan bercinta dengan tomboi, tak pamer ‘Mr Secret’ sebab jaga batas bukan muhrim 

Enot akui jaga batas dengan Mr Secret selagi belum sah bergelar suami isteri.

TINDAKAN Enot mempamerkan teman lelakinya mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada menganggap pelakon itu sekadar berpura-pura bagi menutup kisah kononnya dia bercinta dengan seorang wanita berpewatakan lelaki atau tomboi.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Enot atau Alizza Abdullah, 45, berkata, dia sebelum ini jarang mempamerkan jejaka dikenali sebagai Mr Secret itu kerana ingin menjaga batas pergaulan memandangkan mereka bukan muhrim.

Sebaliknya, dia tidak melihat keakraban dan kemesraan dengan wanita dikenali sebagai Zack sebagai kesalahan memandangkan mereka sama-sama perempuan.

"Video dengan Zack bukan main lagi nampak beria mata berpandangan, rapat-rapat.

Enot 2

Enot tampil menjelaskan kontroversi melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

"Itu video dengan perempuan jadi aku boleh saja nak pegang, rapat, tenung mata ke sebab dia perempuan.

"Dengan Mr Secret lelaki kan nak pandang, pegang lebih-lebih tak boleh bukan muhrim," katanya.

Enot berkongsi mengenai perkara itu menerusi TikTok miliknya bagi menjawab segala tuduhan dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Romantisnya Enot makan bersuap dengan Mr Secret, netizen tak terpedaya...“Macam tengah berlakon saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih Baby” - Enot dapat teddy bear daripada Mr Secret, ungkapan ‘I Love You’ bukti ada teman lelaki

Dalam pada itu, Enot berkata, dia juga sangat menjaga hubungan dengan dua bekas suaminya sebelum mereka berkahwin.

Malah dia juga sentiasa menemani anak perempuannya sekiranya mereka keluar bersama rakan lelaki bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Suami aku yang pertama pun keluarga yang jodohkan, tak pernah jumpa. Suami kedua, kawan dua bulan terus nikah sebab dia nak pegang tangan aku ini.

Allah sayang aku sebab itu dia bagi ujian dan tahu aku seorang yang sabar.

ENOT

PELAKON

"Aku ini bila dengan lelaki menjaga batas. Kalau tak, tak adalah aku teman anak aku pergi dating. Ada ke mana-mana sanggup teman anak pergi dating?," ujarnya.

Sementara itu, Enot meminta agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi tentang soal peribadinya kerana mereka tidak mengetahui mengenai kehidupannya.

Namun Enot tetap berlapang dada dengan ujian diberikan Allah SWT kepadanya.

"Kasihan korang buat dosa kering hari-hari. Alhamdulillah apa korang fitnah aku masih sabar.

ENOT1 - 1

Enot menjaga batas pergaulan dengan lelaki.

"Allah sayang aku sebab itu dia bagi ujian dan tahu aku seorang yang sabar," luahnya.

Sebelum ini, Enot seakan memberi gambaran dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka sekali gus menepis dakwaan menjalinkan hubungan songsang.

Pelakon tersebut memuat naik video menerima sebuah patung beruang bersaiz gergasi daripada seorang lelaki yang digelar Mr. Secret.

Enot yang memanggil jejaka berkenaan dengan panggilan baby memberitahu dia menerima hadiah itu kerana tidak sihat.

Enot akui jaga batas dengan Mr Secret selagi belum sah bergelar suami isteri.

Enot terima patung beruang daripada Mr Secret.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, pelakon Didie Alias atau Fadzilah Mohd Ali, 51, membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Biarpun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini.

Tambah Didie, dia juga berasa kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama 'kekasihnya' itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain