suria

[V] Nabila Razali pilih kunci mulut isu bertunang, kongsi dengan peminat bila sudah sedia

PENYANYI Nabila Razali enggan memberi jawapan kepada persoalan berhubung statusnya yang dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan bekas pelumba litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, sebaliknya memberitahu akan menjawab semua persoalan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Saya tak mahu komen apa-apa buat masa ini tapi saya harap semua orang cuba menghormati kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui mStar pada Selasa.

nabila razali 3

Status Nabila menjadi tanda tanya ramai.

Dalam pada itu, Nabila meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu pertunangannya kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.

"Saya tak mahu berikan sebarang komen lagi sekiranya saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nabila Razali sudah bertunang dengan bekas pelumba litar, pengurus pun baru tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Berita bertunang masih jadi tanda tanya, Nabila Razali ‘putus’ dengan pengurus

"Tapi saya nak pesan juga saya akan keluarkan lagu baharu hujung bulan ni jadi jangan lupa dapatkan tiket Cerita Malam Kita.

"Saya harap anda semua dapat berikan sokongan kepada saya walaupun apa yang berlaku kepada saya, bukan saya saja tapi rakan selebriti yang lain," ujarnya.

Saya tak mahu berikan sebarang komen lagi sekiranya saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua seperti biasa

NABILA RAZALI

PENYANYI

Sebelum ini, Nabila dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan di kediamannya yang terletak di Selayang, Selangor.

Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

nabila razali 2

Nabila mohon semua menghormati keputusan untuk tidak menjawab soal status dirinya.

Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Nabila mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain