UMUM mengetahui penyanyi rap dan aktivis kemanusian Caprice lantang dalam bersuara tentang isu berkaitan jenayah seksual melibatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk golongan agamawan di media sosial miliknya.Meskipun dikecam hebat dituduh membuka aib tertuduh namun Caprice atau Azri Ramli tetap dengan pendiriannya menyebarkan jenayah seksual yang dilakukan agar dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain. Caprice menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya berpendapat individu yang sentiasa menggunakan alasan aib mungkin menjadi penyebab insiden sama berlaku berulang kali.Kata Caprice, perkara itu menjadi senjata buat pesalah untuk terus bebas melakukan perbuatan jijik itu kerana sedar masih mendapat 'sokongan' daripada masyarakat yang menutup kejadian di sebalik menjaga aib.Caprice tidak bersetuju sekiranya ahli keluarga mangsa raba hanya mendiamkan diri."Yang sibuk guna alasan aib, nanti kalau anak perempuan korang kena raba dan cikgu ke apa... Jangan post, jangan cerita dekat siapa-siapa."Terus buat laporan polis dan duduk diam."Sebab itu kot ramai predators dekat luar sana bebas dan berani buat kerja jijik... Sebab dia tahu ada masyarakat masih bodoh," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan hitam atas bonet kereta, Caprice percaya isteri jadi sasaran - “Siapa buat kerja jijik ini memang pengecut”ARTIKEL BERKAITAN: Kes saman fitnah selesai luar mahkamah, Caprice mohon maaf kepada SM FaisalCaprice berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.Menerusi hantaran itu, Caprice turut berkongsi video perbualan panggilan video bersama seorang lelaki berserban dengan bertanya sekiranya dia memegang anaknya tanpa izin adakah ia satu bentuk jenayah seksual.Namun video itu ditamatkan tanpa sempat lelaki yang dipanggil ustaz itu menjawab soalan berkenaan.Dalam pada itu, pada kapsyen hantaran tersebut, Caprice dalam nada sindiran berkata, sekiranya anak perempuan seseorang diraba jangan beritahu sesiapa sebaliknya diam dan biarkan pelaku mengulang perbuatan sama terhadap 11 lagi kanak-kanak.Caprice kembali membangkitkan soal aib di Instagram."Biar polis dan mahkamah tentukan dan apabila mahkamah bebaskan orang yang korang tak suka... Jangan sampai keluar kerajaan pulak."Kalau bersuara tak boleh, mahkamah pun tak boleh, akhir sekali kita biarlah si labu dan labi raba-raba budak sampai mampos," ujarnya.Sementara itu, menerusi ruang komen ramai bersetuju dengan pendapat dilontarkan Caprice malah berpendapat segelintir masyarakat Malaysia masih belum dapat membezakan tentang aib dan kelakuan jenayah.Ramai turut berkongsi kisah mereka pernah menjadi mangsa jenayah seksual dan paling menyedihkan ada sesetengah pihak menganggap ia perkara remeh.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!