PEGUAM syarie berpengalaman memberitahu, wanita beranak dua dikenali sebagai Umisya Mazlan yang diceraikan suami susulan perkahwinan mereka diganggu pihak ketiga yang juga anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim boleh menyaman individu terbabit. Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Umisya sebenarnya boleh mengambil tindakan saman terhadap anak pasangan artis itu, Marissa Dania Hakim jika terdapat bukti kukuh gadis berkenaan menjadi punca sebagai perosak rumah tangganya. Namun begitu ujar beliau, tindakan itu hanya boleh diambil ketika Umisya Mazlan dan suaminya Ahmad Aslam masih lagi bergelar suami isteri iaitu ketika mereka belum disahkan bercerai sebagai usaha menghalang pihak ketiga menganggu keharmonian rumah tangga dibina. "Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika (pasangan) masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana ambil sebelum ini. Datuk Akberdin memberitahu isteri boleh mengambil tindakan terhadap orang ketiga ketika masih dalam perkahwinan. "Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu. "Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan," katanya ketika dihubungi mStar. Peguam berkenaan diminta mengulas mengenai isu yang kecoh selepas seorang wanita beranak dua mendakwa berpisah dengan suaminya selepas rumah tangga mereka diganggu seorang gadis yang juga anak pasangan selebriti terkenal. Wanita berkenaan iaitu Umisya membuat pendedahan dengan menyertakan pelbagai bukti kecurangan suami dengan Marissa termasuk perbualan WhatsApp, paparan skrin tempahan sebuah bilik hotel selain beberapa rakaman perbualan video yang dimuat naik oleh kakaknya Nadiah Mazlan di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang salah tetap salah” - Norman Hakim diam sebab selesai masalah secara tertutup, ambil iktibar kontroversi anak ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami salahkan anak Abby, Norman... Mengaku lemah dikejar Marissa walaupun dah putus hubungan Lelaki berkenaan dalam satu rakaman video tersebar turut mengaku tidak dapat mengakhiri hubungan dengan Marissa disebabkan lemah dengan pujukan remaja berkenaan. Dalam pada itu, Akberdin memberitahu pendedahan dibuat Umisya itu juga tidak menjejaskan jika dia ingin membuat tuntutan hak harta sepencarian termasuk tuntutan hadanah bagi dua anak mereka. Pun begitu, Akberdin memaklumkan setiap kes adalah berbeza dan ia bergantung kepada keputusan mahkamah selepas perbicaraan. "Apa dilakukan bekas isteri bukan satu rekaan yang bertujuan memalukan sehingga berlakunya penceraian. Jika perkara itu tidak benar, dia boleh ambil tindakan. Bekas suami boleh saman kerana mengaibkan dirinya secara umum. DATUK AKBERDIN ABDUL KADER PEGUAM SYARIE "Kalau apa didakwa bekas isteri itu benar, ia tidak akan menjejaskan tuntutan harta sepencarian atau hadanah (hak penjagaan anak-anak)," jelasnya. Berkongsi lanjut mengenai pendedahan dibuat wanita tersebut, Akberdin berkata pihak bekas suami juga boleh mengambil tindakan terhadap Umisya jika pemuda itu memiliki bukti kukuh bagi membuktikan semua dakwaan itu tidak benar. "Jika perkara itu tidak benar, dia boleh ambil tindakan. Bekas suami boleh saman kerana mengaibkan dirinya secara umum. "Bagaimanapun pihak bekas isteri boleh menggunakan pembelaan justifikasi di mana dia boleh kemukakan bukti yang dimiliki. Marissa teruk menerima kritikan selepas namanya terpalit kontroversi. "Jadi saman malu pihak bekas suami tidak akan bertahan dan mahkamah boleh menolaknya jika dia gagal menyangkal semua tuduhan dengan bukti yang kukuh," katanya. Pada Sabtu lalu, Marissa tampil mengakui kesilapan yang dibuat namun menegaskan tidak semua cerita tentang dia yang tular adalah benar. Malah remaja itu mendakwa hubungannya dengan Aslam juga sudah berakhir. Untuk rekod Akberdin ialah peguam yang pernah mengendalikan kes perceraian antaranya Diana Danielle dan Puteri Sarah Liyana. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!