suria

Bekas isteri dedah ND Lala sudah bertahun tidak bekerja, Shila Amzah tanggung keluarga

Fauziah mahu ND Lala berterus terang.

BEKAS isteri Datuk ND Lala mendedahkan penyanyi era 80-an itu pernah mengabaikan nafkah dirinya dan keluarga selama bertahun-tahun disebabkan tiada pekerjaan.

Fauziah Sarman, 55, mendakwa sepanjang tempoh bekas suaminya itu tidak bekerja, dia ditanggung oleh anak sulung mereka iaitu penyanyi Shila Amzah.

"Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami diusik... Tanyalah diri (ND Lala) berapa lama nafkah saya diabaikan?

"Cerminlah diri bertahun-tahun anda tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru.

"Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil daripada titik peluk seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya," katanya.

nd1 - 1

Fauziah memberitahu dia sudah 'move on' dan berharap ND Lala bahagia.

Fauziah membuat luahan itu menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fauziah turut mencabar bekas suaminya itu untuk mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan keduanya dengan Siti Munirah Abd Ghani kepada umum.

Ini kerana ND Lala mendakwa dia bernikah dengan Siti Munirah pada Disember tahun lalu namun rakan bekas madunya pula memaklumkan pasangan itu sudah bernikah sejak lapan tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dedah ND Lala hilangkan diri hampir setahun, nikah BFF anak sendiri sejak 2019

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala dedah bekas isteri desak cerai, bini muda mulanya tolak nikah... Jangan panggil dia penyondol

"1 April lepas bekas suami beritahu depan anak saya, dia baru bernikah pada Disember 2022... Adik ipar saya di Ipoh maklumkan abangnya perkenalkan budak itu isteri kedua pada 2019.

"Isteri bekas suami saya pula kata pada kawannya di Kedah mereka telah bernikah selama lapan tahun.

"Bayangkan apa rasanya bila tahu pernikahan ini sudah terjadi lebih lapan tahun lalu, jadi selama tempoh itu saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semampu saya tanpa mencurigai apa-apa... Apakah ini semua masih salah saya?," jelasnya.

Sementara itu, Fauziah berkata, sikap jarang balik ke rumah ND Lala sebelum ini dianggap sebagai 'latihan' yang Allah SWT susun dalam menjadikan dia seorang yang kuat.

Cerminlah diri bertahun-tahun anda tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru.

FAUZIAH SARMAN

BEKAS ISTERI ND LALA

Katanya, dia bukan tidak move on sebaliknya boleh menerima kenyataan memandangkan sudah terbiasa ditinggalkan.

"Saya sudah nekad berpisah sejak Jun 2023 tapi saya bertahan demi anak kesayangan saya, Shila yang minta saya tangguhkan dulu sehingga majlis pernikahannya pada 5 Ogos 2023.

"Jadi sebagai ibu saya cuba memujuk hati walaupun saya reda untuk berpisah," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fauziah berkata, meskipun sedih namun masa sudah merawat jiwanya secara total apatah lagi anak-anaknya sentiasa memberi sokongan.

Fauziah berkata, sudah tiada dendam dan berharap ND Lala berjaya mencapai bahagia yang didambakan selama ini.

ee

Fauziah mendedahkan selama ini Shila yang menanggung keluarga mereka.

"Alhamdulillah untuk 34 tahun ini saya sudah menjaga nama baik suami saya sehingga hak saya dipijak-pijak seperti ini," katanya.

Untuk rekod, Fauziah dan ND Lala mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 1989.

Selain Shila, 33, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

Fauziah pada 9 Ogos lalu mendedahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz dibuat pada 5 September 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain