PENYANYI dan aktiviti kemanusian Caprice mendedahkan menerima lebih 500 aduan berkaitan kes berkaitan jenayah seksual dalam tempoh 24 jam. Susulan itu, Caprice atau Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) Munafik Hunter bagi membolehkan orang ramai mudah membuat aduan berkaitan jenayah seksual. "Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan, kes atau pengalaman dalam 24 jam, pasukan kami memutuskan untuk tubuhkan NGO," katanya. Caprice banyak melakukan kerja-kerja berkaitan sosial dan kemanusiaan. Caprice berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. NGO tersebut ditubuhkan dengan slogan demi masa depan anak kita, tiada kompromi. Dalam pada itu, Caprice memberitahu laman web NGO itu akan mula diaktifkan pada pukul 9 malam Isnin ini bagi membolehkan orang ramai mendaftar sebagai sukarelawan atau membuat aduan. ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit” ARTIKEL BERKAITAN: Video dengan lelaki berserban undang persoalan, Caprice bangkit isu aib lindungi jenayah seksual - “Dia tahu ada masyarakat masih bodoh” “Insya-Allah laman web untuk anda daftar sebagai sukarelawan atau hantar aduan akan sedia pukul 9 malam esok. "Maklumkan saya apa yang kami boleh bantu atau kembangkan NGO ini," katanya. Sementara itu, pengikut Instagram penyanyi rap itu memberi sokongan atas usahanya menubuhkan NGO itu dan berharap akan lebih ramai pihak tampil tentang masalah jenayah seksual dihadapi mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!