suria

Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Ebit Lew mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

PENDAKWAH selebriti terkenal, Ebit Lew tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya baru-baru ini.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 39, berkata, laporan polis itu dilakukan sejurus dia pulang daripada Jeddah, Arab Saudi pukul 12 malam tadi.

"Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya," katanya.

2130303

Ebit Lew ketika membawa Mondy ke Malaysia.

Pendakwah itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada awal pagi Isnin.

Dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8), Selangor.

Jelas Ebit, dia hanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Mondy Tattoo dedah individu berwatak alim cuba menggatal dalam kereta... Siap tutup tingkap dengan tirai!

"Saya serahkan kepasa pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Pada Jumaat lepas, wanita bertatu dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tato tampil membuat pendedahan terdapat beberapa kali cubaan gangguan seksual oleh individu yang berperwatakan alim.

Ketika melakukan pendedahan di sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice itu, Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain