suria

Kecoh Kak KM bakal pegang status janda, hubungan dengan suami tiada masalah... Isu kereta remuk tak jejas rumah tangga

Kak KM dan suami dalam keadaan baik dan sedang bahagia.

KHABAR angin mendakwa usahawan sensasi Kak KM bakal memegang status janda hangat diperkatakan netizen susulan kakaknya mengusik akan ada individu masuk meminangnya.

Mengulas mengenai khabar angin itu, Kak KM atau Liana Rosli menjelaskan hubungannya dengan suami iaitu Razman Ramli masih dalam keadaan baik dan tidak timbul isu cerai di antara mereka.

Malah kata Kak KM dia juga memilih untuk tidak lagi memanjangkan isu mengenai kereta Toyota Alphard miliknya yang diremukkan Razman dalam satu kejadian kemalangan di rumah mereka baru-baru ini.

"Benda itu sekadar konten saja, takkanlah kita ratu jamu nak kena cerai. Suami saya cakap... apa pun yang terjadi dia takkan tinggalkan saya. Nampak macam nak bercerai tapi suami ada dengan saya sekarang ini.

kak km 1

Kak KM tak nak panjangkan isu kereta lagi.

"Masalah tersebut tidak selesai pun, cuma saya malas nak panjang-panjangkan. Kita buat tak tahu sajalah.

"Tapi isu nak bercerai itu memang tak ada pun. Insya-Allah. Takkanlah sebab kereta kami nak bercerai," katanya ketika dihubungi mStar.

Kak KM sebelum ini ada memuat naik satu video di media sosial tentang dirinya yang seakan memberi bayangan bakal bergelar ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengamuk lagi, berang netizen perlekeh anak dapat 4 flat - “Kau anak bodoh, duduk diam-diam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM panas hati dengan suami, mengamuk kereta Alphard remuk langgar tembok... “Dia langsung tidak minta maaf”

Lebih menguatkan lagi bayangan tersebut apabila kakaknya memaklumkan akan ada individu masuk meminangnya dengan kadar segera.

Kak KM juga mengakui dia menerima pelbagai nasihat mengenai rumah tangganya namun memilih untuk memekakkan telinga.

Bagaimanapun dia berpendapat setiap orang berhak memberikan pendapat memandangkan dirinya sentiasa menjadi perhatian ramai.

Kau jaga sajalah anak bini dan rumah tangga kau.

KAK KM

USAHAWAN

"Memang betul ada yang menyarankan saya untuk tinggalkan suami saya. Mereka simpati kepada saya dan tidak menyalahkan saya.

"Mereka rasa kalau saya berbaik semula dengan suami itu tidak berbaloi kerana saya banyak tanggung jawab dalam keluarga ini.

"Bagi saya kenapa kita nak dengar kata orang tapi saya hormat mereka yang bagi pendapat sebab bagi saya mereka berhak untuk bercakap apa sahaja.

2281960

Liana dan Razman masih bahagia dan tidak pernah terfikir untuk bercerai.

"Mereka komen pun sebab saya yang berkongsi di media sosial saya. Tapi saya tak kisah apa mereka cakap... nak suruh cerai ke apa," luahnya.

Dalam pada itu, Kak KM juga mengingatkan orang ramai terutama ahli keluarga dan kenalan rapatnya untuk tidak campur tangan dalam hal rumah tangganya.

Menurutnya, kadang kala nasihat yang diminta oleh orang sekeliling boleh menjadi hasutan untuk memusahkan rumah tangga sendiri.

kak km 3

Kak KM harap orang lain tidak sibuk dengan rumah tangga orang lain.

"Tapi saya juga nak ingatkan kepada orang luar, tidak kiralah saudara mahupun kenalan saya yang rapat supaya jangan masuk campur dalam rumah tangga orang.

"Sebab bila mereka masuk campur sebenarnya mereka menghasut untuk bercerai. Jangan nak tunjuk pandai ajar kita jaga rumah tangga.

"Sekarang ini kita baik-baik sahaja... Kalau mereka menghasut macam itu nanti nak jumpa saya macam mana. Jadi siapa yang malu.

"Kau jaga sajalah anak bini dan rumah tangga kau... jangan sibuk rumah tangga orang," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain