suria

Wanita bertudung suruh buat ujian DNA, sangsi Caprice bapa janin dalam kandungan isteri - “Mondy Tatto jauh lebih baik”

Caprice pilih padam hantaran berkenaan kehamilan isteri selepas mendapat pelbagai komen negatif.

KEGEMBIRAAN berkongsi berita bakal bergelar bapa tidak lama lagi bertukar duka buat Caprice apabila ada pihak meminta penyanyi rap itu membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap janin dalam kandungan isterinya.

Menerusi komen yang dibuat di Facebook, wanita berkenaan meminta Caprice atau Ariz Ramli, 35, berbuat demikian bagi memastikan sama ada kandungan tersebut miliknya atau individu lain.

"Okay lagi senang buat DNA, anak EUL ke anak topi (Caprice)," tulis wanita tersebut.

Tidak berdiam diri dengan tindakan biadab itu, Caprice bertindak memuat naik paparan skrin komen wanita berkenaan di Instagram miliknya selain foto dan profil Facebook miliknya.

Capp

Komen biadab yang dibuat wanita berkenaan di Facebook.

Caprice memberitahu dia kesal apabila melihat penampilan individu tersebut tidak sesuai dengan komen ditinggalkan selain membuat perbandingan dengan imej Mondy Tatto.

"Terima kasih sebab buktikan yang seorang macam Mondy yang bertatu jauh beza lebih baik daripada seorang yang nampak sopan dan ayu macam kakak.

"Disebabkan ramai keluar kata-kata lucah macam ini dan buat isteri saya terguris hati, saya ambil keputusan untuk padam hantaran terakhir berkenaan anak kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kongsi berita gembira, umum isteri hamil 5 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan hitam atas bonet kereta, Caprice percaya isteri jadi sasaran - “Siapa buat kerja jijik ini memang pengecut”

"Terima kasih kepada semua, doa dan ucapan," tulisnya pada kapsyen foto tersebut.

Menjengah ke ruang komen hantaran itu, rata-rata pengikut Caprice meminta agar dia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut memandangkan tuduhan dibuat serius dan berunsur fitnah.

Hasil carian mStar pula mendapati wanita tersebut sudah pun menghadkan aktiviti Facebook miliknya selain memadam semua hantaran dan fotonya susulan diserang netizen.

Ee

Pada Rabu, Caprice mengumumkan isterinya sedang hamil lima bulan.

Bagaimanapun, Instagram wanita itu pula menjadi sasaran kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Pada Rabu, Caprice mengumumkan isterinya iaitu Farra Inalis sedang hamil lima bulan.

Untuk rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Farra mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aleesya Sofea.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain