suria

[V] Produksi tiada jawapan hantaran Elly Mazlein sindir siapa, sentiasa alu-alukan kembali ke pentas ASGV

Elly Mazlein menimbulkan tanda tanya berhubung hantaran dibuat pada malam Ahad.

PIHAK produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tidak mengetahui punca sebenar pengacara Elly Mazlein membuat hantaran mendedahkan punca sebenar dia meninggalkan program berkenaan.

Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menjelaskan pihaknya juga tidak mempunyai sebarang idea kenyataan dibuat Elly ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.

"Saya tidak dapat komen panjang, saya tidak tahu ia ditujukan kepada siapa," katanya kepada mStar.

553 (2)

Elly hanya sempat bersama Nabil dan Jihan selama tiga minggu sebagai hos ASGV.

Norzeha mengulas perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu keempat ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Norzeha berkata, pihak produksi sedikit terganggu dari segi emosi apabila Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom membuat keputusan menarik diri sebagai hos ASGV.

Bagaimanapun kata Norzeha, pihak produksi berjaya mengatasi perkara itu secara profesional bagi memastikan perjalanan program itu diteruskan dengan baik meskipun tanpa kehadiran Elly bersama dua lagi pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: ASGV minggu 4 ‘sendu’ tanpa Kak Lina, Nabil dan Jihan ucap terima kasih kepada Elly Mazlein

"Secara emosi mungkin terganggu tapi kita profesional. Tanggungjawab seterusnya perlu dilaksanakan. Kita 'move on' dengan minggu seterusnya," ujarnya.

Norzeha berkata, Astro sentiasa mengalu-alukan sekiranya Elly ingin kembali sebagai pengacara program tersebut sekiranya dia berubah fikiran.

"Kami alukan... Saya rasa semua terasa (kehilangan Elly). Pada pada sama kita hormati keputusannya," jelasnya.

553 (1)

Elly memberitahu dia mengundurkan diri kerana mahu memberi laluan kepada orang lain bekerja dengan selesa.

Sebelum itu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, mendedahkan dia mengundurkan diri daripada rancangan popular itu bagi memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan selesa.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Elly berkata, keputusannya itu bukan bererti dia kalah sebaliknya memilih untuk tenang dan bahagia.

Pada 11 Oktober lalu, Elly mengumumkan pengundurannya sebagai hos ASGV dan Astro dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu disebabkan hal peribadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain