suria

[V] “Takkan tak tahu hukumnya haram?” - Aksi mesra pegang tangan Misha Omar kena kecam, Naqiu tampil mohon maaf

Kemesraan yang ditunjukkan Naqiu dan Misha dalam persembahan mereka dikecam peminat.

PERSEMBAHAN Naqiu pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menerima kecaman hebat netizen susulan didakwa mempamerkan kemesraan yang disifatkan melampaui batas bersama pasangan duetnya, Misha Omar.

Naqiu ketika menyampaikan lagu Aku dan Dirimu nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari dilihat berpegangan tangan dengan Misha selain menampilkan tampil erat yang mana tidak sesuai memandangkan kedua-duanya sudah pun berkahwin.

"Sejujurnya aku cukup tidak suka persembahan Naqiu dan Misha yang menyanyi berpegangan tangan. Takkan tak tahu hukumnya haram?

"Maaf tak suka tengok gimik Naqiu dan Misha keluar pegang tangan macam itu... Tak perlu muka ke muka dekat macam itu.

Naqie

Naqiu memohon maaf atas keterlanjuran dalam persembahan bersama Misha.

"Sangat 'cringe' persembahan mereka. Tak perlu pegang tangan... Sebenarnya saya bayangkan dia main gitar dan menyanyi bersama Misha. Ini bukan seperti saya bayangkan," komen netizen.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, mengaku kesilapan yang dilakukan selain memohon maaf atas aksi yang dianggap keterlaluan itu.

Naqiu juga meletakkan semua kesalahan yang diperkatakan netizen sepenuh di atas bahunya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doa orang di luar sana makbul” - Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

"Saya minta maaf sangat. Saya bertanggungjawab dan ambil kesalahan itu pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang.

"Ini libatkan sensitiviti yang tidak sepatutnya berlaku. Saya letakkan kesalahan kepada diri sendiri dan jangan salahkan orang lain," ujarnya.

Menurut Naqiu lagi, aksi berpegangan tangan dan berpelukan itu dilakukan secara spontan dan tidak dirancang.

Saya bertanggungjawab dan ambil kesalahan itu pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang.

NAQIU

PESERTA ALL STARS GEGAR VAGANZA

"Ia terjadi secara spontan... Semua tahu persembahan saya ini jenis melebih-lebih dan spontan. Tapi kali ini saya sendiri rasa ia tidak sepatutnya berlaku... Memang salah saya," katanya.

Untuk rekod, pada minggu keempat pertandingan, Naqiu mendapat kedudukan ketujuh daripada 14 peserta dengan markah sebanyak 65.50 peratus.

Penyanyi Datuk Aishah bagaimanapun tersingkir selepas mendapat markah tercorot iaitu 43.75 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain