suria

“Kurang ajar kau ni!” - Elly Mazlein ‘naik angin’ netizen biadab pertikai program Gegar Vaganza, minta pakai tudung

Elly balas kecaman netizen.

MENERIMA kecaman selepas mengeluarkan kenyataan berkaitan All Stars Gegar Vaganza pada Ahad, pengacara Elly Mazlein tampil membalas satu komen netizen yang menggesanya untuk berhenti bercerita berkenaan perkara itu.

Menerusi perkongsian di Instastory, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menyelar komen ditulis netizen berkenaan yang lantang mempertikaikan mengenai penerbitan program berkenaan selain meminta pengacara itu memakai tudung.

"Apabila si bangang berkata-kata. Ramai orang cari rezeki dalam Gegar Vaganza (GV) tu. Kurang ajar kau ini. Taik kau cakap? Adab kau pergi mana?

Kak Lina 1

Respon Elly kepada netizen yang melontar kecaman kepadanya.

"Nak marah aku, kau marah aku seorang. Kau jangan babitkan ramai orang dalam GV itu cari rezeki. Ayat kau melambangkan diri kau. Kau sangat memalukan. Biadap.

"Kau jangan sembang fasal Allah. Kau tak payah buat kerja Allah nak menghukum orang. Kau jangan sembang fasal Islam kalau kau hanya mampu bertopengkan Islam," jawab Elly.

Bersama hantaran berkenaan, Elly turut berkongsi paparan skrin komen ditulis seorang netizen menggunakan nama Maxstylio itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi tiada jawapan hantaran Elly Mazlein sindir siapa, sentiasa alu-alukan kembali ke pentas ASGV

Dalam komen itu, individu berkenaan meminta Elly tidak lagi bercerita mengenai Gegar Vaganza dan segera mengenakan hijab.

"Baik kau bertudung, beramal, mengaji dan dekatkan diri dengan Tuhan. Macam la diva sangat asyik cerita pasal Gegar Vaganza tahi ini sahaja.

"Esok Allah gegarkan bumi ini, masa itu baru kamu semua sibuk. Meratap menangis bagai bila ada peserta terkeluar.

Kak Lina 2

Elly ketika menjadi hos bersama Nabil dan Jihan.

"Nak muntah aku tengok orang bengkak mata menangis," tulis netizen berkenaan.

Sebelum itu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, mendedahkan dia mengundurkan diri daripada rancangan popular itu bagi memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan selesa.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Elly berkata, keputusannya itu bukan bererti dia kalah sebaliknya memilih untuk tenang dan bahagia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain