PERNIKAHAN pasangan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan pada Sabtu lalu adalah sah mengikut syarak Islam. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pernikahan dengan lafaz ringkas itu adalah sah berdasarkan pendapat jumhur ulama serta mazhab Syafie. “Kami berpendapat bahawa ucapan balas atau jawab pengantin lelaki ‘Aku terima’ atau ‘Aku reda’ sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah. Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Hal ini kerana dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebenarnya... maka jelas ucapan pengantin lelaki lelaki merujuk kepada perkahwinan,” katanya. Zulkifli menjelaskan perkara itu sebagai menjawab kekeliruan orang ramai mengenai pernikahan Sabri dan Angeline yang didakwa dengan akad ringkas. Dalam pada itu, Zulkifli juga berkata, tidak salah sekiranya pengantin lelaki melafazkan akad penuh, ia akan menjadi lafaz sempurna. ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Angeline Tan ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah Dr Maza cara Angeline Tan dalami Islam, Sabri Yunus pilih nama Ardini dalam tempoh 2 minit - “Maksudnya isteri yang menyayangi” Bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan umat Islam berada dibawah pentadbiran Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. “Kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redaa nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna. “Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing,” ujarnya. Sabri dan Angeline bernikah di Perlis. Pada Sabtu lalu, Sabri mendirikan rumah tangga dengan pelakon Angelina Tan. Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kira-kira pukul 10.30 pagi di kediamannya di Perlis. Pun begitu, pernikahan pasangan tersebut menjadi pendebatan di media sosial apabila terdapat seorang penceramah bebas mendakwa akad nikah mereka berdua tidak sah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeS TONTON VIDEO PILIHAN!