PENYANYI Shila Amzah mendedahkan banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini. Susulan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, juga memberitahu kemelut melibatkan dia dan keluarga yang hebat diperkatakan sudah selesai. “Bab keluarga ini tak payah tanya saya, yang melaluinya sahaja tahu. “Saya anggap dah selesai... Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai. Siaran langsung dilakukan Shila pada pentang Sabtu. “Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. Dah ini rezeki kita, kena mengambil konsep reda,” katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada petang Sabtu. Dalam pada itu, peserta Famili Duo 2023 (FD3) itu memberitahu dia juga enggan melayan karenah adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah, 30, kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan. ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq sudah keluar dari banglo Hulu Langat, minta Shila Amzah henti fitnah ditamparnya - “Tegur sebab dia maki mak” ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sudah burnout! Ragu keputusan tentang karier, tak tahu cara perbetul situasi Jelas Shila, Syafiq adalah orang yang tidak akan mengaku bersalah dan akan semakin naik jika dilayan. “Korang tak payah beri perhatian pada dia lagi... Kalau dia nak meratap ke meratip ke, biarkan! "Dia orang yang tak tahu salah... Tak tahu diri ini memang suka meratip. Jangan beri dia perhatian, kalau bagi dia makin meratip. "Makin dilayan makin naik lemak dia nanti... Biarlah dia cari duit betul-betul," ujarnya. Shila enggan ulas lagi isu keluarga. Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa. Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut. Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!