suria

[V] Kekasih adik terpaksa tinggal serumah kerana hutang, Shila Amzah enggan terima sebarang alasan... “Perkara ini kelakar sebenarnya”

Shila bertegas dengan setiap keputusan yang dibuat.

PENYANYI Shila Amzah tidak menerima apa jua alasan yang diberikan oleh teman wanita adiknya, Amir Syafiq yang dikenali sebagai Eiza Idanie untuk menetap di banglo miliknya sebelum ini.

Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, sebagai pemilik tunggal kediaman itu, dia mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Situasinya beginilah, secara sah rumah itu adalah milik siapa? Saya tidak ada kaitan apa-apa dalam hal ini (berhutang).

Shila dan Syahir tidak ambil tahu tentang Syafiq.

Shila dan Syahir tidak ambil tahu tentang Syafiq.

"Saya tiada kaitan dengan dia (Eiza) jadi seandainya dia beritahu saya tentang hutang itu, boleh juga saya pertimbangkan... Tetapi tetap juga saya tidak akan mengizinkan dia duduk di rumah saya," katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu keempat Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali ini Shila Amzah pilih lepas tangan, tak mahu campur urusan pindah rumah adik-beradik

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shila Amzah dah terbang ke China, urusan kerja tergendala sebab fitnah

Sebelum ini, sumber memaklumkan kepada mStar bahawa Eiza menetap di rumah banglo milik Shila berikutan adiknya berhutang dengan wanita itu sebanyak RM150,000 dan masih belum dilunaskan.

Susulan daripada itu, Eiza tidak lagi mempunyai wang serta tempat tinggal sehingga terpaksa menumpang di kediaman berkenaan.

Meskipun konflik keluarga ini dilihat berlarutan, penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata apa yang berlaku dilihat lucu dan tidak perlu dipandang serius.

Situasinya beginilah, secara sah rumah itu adalah milik siapa? Saya tidak ada kaitan apa-apa dalam hal ini (hutang).

SHILA AMZAH

PENYANYI

Malah, dia enggan terlalu mengulas mengenai isu ini kerana perkara ia hanya akan memberikan publisiti kepada wanita berkenaan.

"Saya ini tak mahu famouskan orang yang tidak perlu. Hari itu saya suruh dia keluar rumah memang patut pun dia kena keluar rumah. Saya ni sudah lama bersabar.

"Perkara ini kelakar sebenarnya, saya tidak tahu kenapa orang (netizen) pandang situasi ini terlalu serius.

"Saya sudah penat. Kalau saya nak bercerita lagi banyak sebenarnya. Jadi sudah-sudahlah yang artis sebenarnya saya dan Syahir (peserta Famili Duo)," ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan isu Shafiq yang dikatakan menggunakan masalah keluarga untuk meraih simpati orang lain bagi membuat pinjaman, Shila memberitahu dia tidak pernah mengambil tahu tentang adik lelakinya itu.

"Saya sebenarnya tak ambil tahu. Apa-apa fasal dia (Shafiq) memang saya tak ambil tahu. Bukan saya saja tapi Syahir pun tak ambil tahu.

"Apa-apa kemelut yang berlaku pun tidak pernah saya libatkan dia dalam keputusan penting dalam urusan keluarga.

shila1 - 1

Kemelut adik-beradik Shila nampaknya masih belum berakhir.

"Walaupun dia anak lelaki sulung tetapi saya tidak pernah libatkan dia dalam apa-apa urusan keluarga. Lebih baik saya minta bantuan Syahir," katanya.

Pada 19 Oktober lalu, Shila meminta Eiza yang dipercayai kekasih adiknya Syafiq agar keluar daripada banglo miliknya.

Kata Shila, dia berasa tidak selesa apabila kediaman mereka didiami individu luar apatah lagi tanpa ada sebarang ikatan kekeluargaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain