suria

[V] Fyna Jebat muncul di Famili Duo 3, mengaku masih bersahabat baik dengan Zainal Abidin

Fyna enggan mengulas lanjut tentang penceraiannya.

SEKIAN lama mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Fyna Jebat membuat penampilan umum di konsert minggu keempat Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Selepas bercerai dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, memaklumkan dia kini hidup bahagia dan meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Kata Fyna, dia bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikannya semangat untuk meneruskan karier.

Fyna bersyukur menerima sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Fyna mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.

"Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tidak apa yang saya ingin kongsikan sebab saya mahu fokus pada kerjaya.

"Sebenarnya saya masih mendapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin sudah cerai Fyna Jebat, jumpa bekas isteri kedua selesai isu berbangkit

ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin perbaiki diri selepas isu kahwin Fyna Jebat, terbuka terima teguran netizen

Dalam pada itu, Fyna memberitahu hubungannya bersama bekas suami masih baik dan enggan mengulas lanjut tentang penceraian mereka.

"Saya gembira Alhamdulillah, saya meneruskan kehidupan seperti biasa. Paling penting saya gembira.

Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tidak apa yang saya ingin kongsikan sebab saya mahu fokus pada kerjaya.

FYNA JEBAT

PENYANYI

"Saya tidak mahu besarkan cerita (penceraian) ini dan apa yang sudah berlalu biar ia terus berlalu.

"Saya dan bekas suami pun masih bersahabat dan hubungan kami baik-baik sahaja," ujarnya.

Pada awal Februari lalu, Fyna membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjelaskan butiran perkahwinan mereka.

Bagaimanapun perkahwinan yang dibina itu berakhir dengan penceraian pada Mei lalu.

Zainal dan isteri pertama iaitu Datin Zalina Zaini berkahwin pada 1980 dan hasil perkahwinan selama 43 tahun itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain