KESAL dengan hinaan seorang rakan artis, penyanyi Tom bagaimanapun reda dan menerima komen segelintir individu menganggap dirinya hodoh dan tidak cantik. Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata dia baru mendapat tahu ada rakan artis mengutuk dan menghina penampilannya. Enggan memanjangkan isu ini, Tom berkata dia sudah bersemuka dengan artis tersebut namun individu terbabit tidak mengakui tindakan berkenaan. "Saya tahu daripada kawan-kawan artis sendiri. Tak perlu saya nak sebut siapa orangnya kerana perkara ini sudah pun selesai dan dia sudah minta maaf. Tom mengakui sedikit emosi apabila ada yang mengatakan dirinya hodoh. "Tapi dia tidak mengaku. Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah semasa tu emosikan. "Saya pun tidak mahu besarkan isu ini. Masing-masing punya pendapat kan... dah hodoh kan nak buat macam mana," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu 9 bulan boleh clubbing lagi..." - Tom rasa beza hamil bayi perempuan, cepat penat dan lebih suka tidur ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ragui keaslian lesung pipit, Tom mengaku bukan ‘original’ tapi kesan tindik Tom berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu keempat Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad. Dalam pada itu, Tom turut meluahkan rasa sedih dan menyifatkan perihal kecantikan merupakan isu sensitif bagi setiap wanita. "Sebenarnya saya sedih tetapi tak mengapalah nak buat macam mana kecantikan ini semuanya pinjaman Tuhan. Saya pun tidak mahu besarkan isu ini. Masing-masing punya pendapat kan... dah hodoh kan nak buat macam mana. TOM PENYANYI "Saya ada bersemuka dengannya bertanya betul ke ada mengata tentang saya tapi dia tidak mengaku. "Akhirnya dia meminta maaf dan memberitahu dia tidak berkata yang bukan-bukan tentang saya dan mengakui sayang saya sebagai seorang rakan. "Saya sudah banyak kali menerima kecaman fasal hodoh ini. Tapi kalau tentang isu kecantikan ini sensitif sikit untuk orang wanita," ujarnya. Sementara itu, suami Tom iaitu penyanyi Fuad Rahman atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, pula mengakui kesal dengan kecaman yang diberikan terhadap isterinya itu. Kata Fuad, dia sentiasa menasihati Tom untuk terus berfikiran positif dan tidak mahu ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan di media sosial. "Bila saya lihat netizen komen kepada isteri seperti itu, saya sebagai suami berasa geram kerana kita lelaki kan. Tom dan Fuad merupakan peserta Famili Duo musim ketiga. "Kadang-kadang saya fikir balik kalau tiada netizen, kita sebagai artis pun tak kemana-mana. "Jadi saya hanya fikir positif dan saya selalu nasihatkan Tom untuk bersabar dan jangan fikir yang bukan-bukan lagi-lagi tengah mengandung sekarang," katanya. Sebelum ini, Tom memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa sedih apabila menerima kritikan netizen yang menyifatkan dirinya tidak memiliki paras rupa yang cantik. Penyanyi itu bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut kerana menganggap dirinya hanya bertindak kerana emosi memandangkan sedang hamil lima bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!