suria

Fazura kurang pasti niat naratif ‘perang dingin’ dengan Neelofa, tak berkawan bukan bererti bermusuh

Fazura tidak mahu disalah anggap memulakan sengketa.

PELAKON Nur Fazura menjelaskan naratif 'perang dingin' di antaranya dengan pengacara Neelofa seperti yang digembar-gemburkan tidak benar.

Fazura atau Nur Fazura Shariffuddin, 40, sebaliknya berkata, sekiranya dia tidak berkawan dengan seseorang itu bukan bererti mereka saling bermusuh sebaliknya lebih mengutamakan keizinan suami atas dalam memilih rakan.

"Naratif 'perang dingin' yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa.

"Sama juga seperti orang lain, Faz (Fazura) berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi.

Persengketaan antara Fazura (kanan) dan Neelofa (kiri) masih belum berakhir.

Persengketaan antara Fazura (kanan) dan Neelofa (kiri) masih belum berakhir.

"Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan," katanya.

Fazura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Kenyataan itu dibuat selepas Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, meluahkan hasrat bertemu dengan Fazura bagi menyelesaikan sengketa yang berlaku di antara mereka sejak 13 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Saya pun manusia biasa"... Fazura jawab dakwaan pergi clubbing, 'fan club' artis buat tuduhan berat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Saya dah tak larat" - Neelofa hulur salam damai, mahu tamatkan sengketa 13 tahun dengan Fazura

Kata Neelofa, sudah tiba masanya dia meletakkan noktah terhadap salah faham yang berlaku selain sudah penat berdepan dengan netizen yang gemar mengapi-apikan mereka berdua.

Dalam pada itu, Fazura berkata, dia dan keluarga sudah menjadi mangsa cacian dan fitnah peminat fanatik selama bertahun-tahun termasuk melibatkan suaminya aktor Fattah Amin.

Malah kata Fazura, tidak cukup dengan itu, anak perempuannya Nur Fatima Aisya, 3, turut menjadi mangsa kecaman netizen.

"Saya, Fattah dan keluarga kami menjadi mangsa cacian dan fitnah para peminat tegar ini. Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami terus fokus kepada kerjaya dan kehidupan kami.

"Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa sakah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?," katanya.

fazura3 - 1

Fazura memaklumkan keluarganya turut terkena tempias fitnah dan kecaman netizen.

Menjelaskan isu dia kononnya pergi berhibur di sebuah kelab malam, Fazura menjelaskan dia hanya menjawab soalan diajukan oleh pihak media ketika ditemui pada sidang media majlis Ngopi Bersama Fazura Ahad lalu.

Kata Fazura, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memulakan sesuatu yang tidak produktif meskipun digambarkan seolah-olah dia memulakan isu tersebut.

"Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.

"Respon Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya. Untuk apa?

"Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian... Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah kepada saya dan keluarga selama ini," katanya.

Fazura sudah sekian lama berdepan dengan fitnah dan kecaman.

Fazura sudah sekian lama berdepan dengan fitnah dan kecaman.

Sementara itu, Fazura mendoakan semua pihak meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah SWT.

Menjadi harapannya juga agar semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

"Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah SWT.

"Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat, mudah-mudahan. Amin," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain