suria

Netizen tak tahu Neelofa dan Fazura ‘perang dingin’, korek punca pergaduhan... Peminat sokong 2 selebriti lupakan sengketa

Netizen terkejut perang dingin Neelofa dan Fazura sudah berlarutan 13 tahun.

HASRAT pengacara Neelofa yang mahu menamatkan sengketa 13 tahun dengan pelakon Nur Fazura mengejutkan ramai pihak yang tidak mengetahui kedua-dua selebriti terkenal ini mempunyai masalah.

Susulan itu ramai tertanya-tanya punca sebenar tercetusnya 'perang dingin' di antara Fazura dan Neelofa sehingga ramai mula mengorek kembali kisah lama yang menjadi punca perbalahan.

Ramai berpendapat sikap peminat yang gemar melaga-lagakan dua selebriti itu yang sedang berada di puncak membuatkan mula wujud salah faham.

Sikap taksub peminat memberi kesan buruk kepada Fazura dan Neelofa sehingga tercetus 'perang dingin' di antara mereka.

lofa2 - 1

Neelofa ikhlas mahu menamatkan apa sahaja masalah yang berlaku di antara mereka.

"Rasanya peminat mereka yang banding-bandingkan siapa lebih bagus... Bila ada cerita fasal Fazura, akan ada cerita Neelofa.

"Peminat mereka yang ada masalah, taksub sangat dengan artis mereka," antara komen netizen.

Sementara itu, netizen turut mengaitkan suami Fazura iaitu aktor Fattah Amin sebagai punca perbalahan di antara mereka.

Bagaimanapun tuduhan itu dianggap sebagai tidak berasas disebabkan Neelofa memberitahu masalah itu berlaku sejak 13 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Min dengar abang Faizal pun nak jual trofi dia... wahh bolehlah nanti pembeli feeling-feeling sebagai penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya dah tak larat” - Neelofa hulur salam damai, mahu tamatkan sengketa 13 tahun dengan Fazura

"Tak 'ngam' sebab gosip Fattah dengan Neelofa, mereka cuma berlakon sama je kan? Yang dah berlalu biarlah.

"Rasanya bukan sebab Fattah... Lofa kan ada beritahu sudah 13 tahun, masa itu Fattah mungkin masih bersekolah! Dia tak salah," komen netizen lagi.

Bagaimanapun di sebalik itu, ramai menyambut baik niat Neelofa mahu bertentang mata dengan Fazura bagi menjernihkan keadaan yang sudah berlarutan terlalu lama.

Peminat turut memuji tindakan isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris itu kerana berani memulakan langkah dalam usaha meletakkan titik noktah kepada 'perang dingin' di antara mereka.

"Aku yakin bukan mudah untuk Neelofa bercakap secara terbuka mengenai perkara itu dan merendahkan diri mahu menamatkan semua salah faham yang berlaku.

"Sebenarnya hanya salah faham, mana tahu apabila bertemu semuanya dapat terungkai.

fafa

Fazura tidak tahu ada 'perang dingin' yang berlaku antara mereka.

"Rasanya Fazura dan Neelofa okay sahaja tetapi peminat yang suka melaga-lagakan mereka sehingga keadaan jadi begini," komen netizen.

Pada Khamis, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, memberitahu dia sedia bersemuka dengan Fazura bagi merungkai semua salah faham di antara mereka.

Bagaimanapun salam pendamaian itu seakan-akan tidak diterima Fazura yang tidak tahu mengenai 'perang dingin' di antara mereka.

Fazura juga memberitahu tidak berkawan bukan bererti memusuhi selain mengutamakan keizinan suami dalam memilih rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain